KOMEN:
Kenapa Zahid perlu "membuktikan" yang wang milik UMNO tersebut adalah daripada sumber yang sah? SPRM lah sepatutnya bahkan WAJIB membuktikan yang wang dari tabung UMNO itu adalah dari sumber yang tidak sah atau 'illegal.' (Justeru justifikasi wang UMNO tersebut dibekukan oleh SPRM). Ini adalah undang-undang yang digunapakai di dalam negara democracy. Bukankah begitu??
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SOURCE: 28 June 2018
http://www.utusan.com.my/berita/politik/zahid-akan-buktikan-wang-milik-umno-sah-1.698638
Zahid akan buktikan wang milik UMNO sah
Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika sidang akhbar di Menara Dato Onn, PWTC, hari ini. - UTUSAN ONLINE/ROY AZIS ABD. AZIZ
KUALA LUMPUR, 28 Jun - Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan berusaha membuktikan bahawa wang milik UMNO adalah sah dan tidak terbabit dalam sebarang kegiatan pengubahan wang haram.
Pemangku Presiden itu turut berikrar, selagi memimpin UMNO, dia akan menentang dan tidak akan membenarkan mana-mana pihak membuat ugutan dan melakukan diskriminasi terhadap UMNO.
Berikut kenyataan penuh Ahmad Zahid:
1. UMNO akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM berhubung tindakan suruhanjaya itu membekukan akaun bank ibu pejabat UMNO dan akaun lain.
2. Sebagai Pemangku Presiden, saya berusaha membuktikan bahawa wang milik UMNO adalah sah dan tidak terbabit dalam sebarang kegiatan pengubahan wang haram.
3. Selagi memimpin UMNO, saya akan menentang dan tidak akan membenarkan mana-mana pihak membuat ugutan dan melakukan diskriminasi terhadap UMNO.
4. Ugutan dan penderaan politik bukan cara untuk mentadbir negara oleh mana-mana kerajaan di sebuah negara demokrasi.
5. Saya berharap semua ahli UMNO akan bersama-sama saya untuk memastikan UMNO terus wujud dan menentang sebarang usaha melumpuhkannya.
6. Di bawah kepimpinan saya kelak, UMNO akan bangkit sebagai sebuah parti Melayu dan Bumiputera yang memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara. - UTUSAN ONLINE
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SOURCE: 28 June 2018
http://www.utusan.com.my/berita/politik/akaun-umno-pusat-selangor-dibekukan-1.698492
Akaun UMNO Pusat, Selangor dibekukan
JOHOR BAHRU 28 Jun - Calon Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendakwa, akaun Ibu pejabat UMNO Pusat dan Selangor sudah pun dibekukan hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Naib Presiden UMNO itu memberitahu, perkara tersebut diketahuinya sebentar tadi dan akaun UMNO Johor juga hampir pasti akan dibekukan SPRM dalam masa terdekat.
Selain itu, beliau berkata, Menteri Dalam Negeri dalam waktu terdekat juga hampir pasti akan meminta Pertubuhan Pendaftaran (RoS) membatalkan pendaftaran UMNO.
"Tidak ada jaminan mana-mana Presiden UMNO, Timbalannya, Naib-naib Presiden dan ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) sekiranya menang pemilihan kali ini tidak akan disiasat (SPRM) kerana kita bukan lagi kerajaan.
"Ini termasuk juga (bekas) Menteri Besar (tiada jaminan tidak akan disiasat)," katanya ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UMNO Johor Bersama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Hotel M. Suites di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE
.