SOURCE:
http://www.utusan.com.my/berita/politik/tabung-harapan-kumpul-rm108-2-juta-1.696359
Tabung Harapan kumpul RM108.2 jutaPUTRAJAYA 25 Jun 2018 - Lebih RM108.2 juta dikumpul melalui Tabung Harapan Malaysia (THM) sehingga pukul 3 petang hari ini.
Jumlah sumbangan dimaklumkan Kementerian Kewangan menerusi laman web kementerian itu.
Penubuhan THM diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 30 Mei lalu bagi membolehkan rakyat Malaysia menyalurkan sumbangan selepas mengetahui paras hutang kerajaan mencecah RM1 trilion.
Penubuhannya membolehkan Kementerian Kewangan menguruskan sumbangan ikhlas rakyat itu secara sistematik dan telus.
Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan mereka menerusi akaun Maybank 5660 1062 6452 dalam bentuk mata wang tempatan (Ringgit Malaysia). - UTUSAN ONLINE
.