SOURCE:
http://www.utusan.com.my/pendidikan/ucsi-universiti-swasta-terbaik-di-malaysia-1.687425
UCSI universiti swasta terbaik di Malaysia
KUALA LUMPUR 7 Jun - Universiti UCSI telah diiktiraf sebagai universiti swasta terbaik di Malaysia dalam penilaian QS World University Rankings menempatkannya dalam kelompok dua peratus yang terbaik daripada semua
universiti di dunia.
Berada di kedudukan 481, UCSI adalah satu-satunya universiti swasta di Malaysia yang berada di kedudukan tangga 500 terbaik dalam ranking itu.
UCSI juga merupakan satu daripada hanya enam universiti tempatan dengan pencapaian membanggakan ini, bersama dengan lima universiti penyelidikan tempatan yang lain.
Naib Canselor dan Presiden UCSI, Profesor Kanan Datuk Dr. Khalid Yusoff UCSI dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini memberitahu, ini adalah kali pertama UCSI disertakan di dalam penilaian QS World University Rankings – satu penilaian tahunan yang memberi pengiktirafan pada universiti-universiti terbaik di seluruh dunia.
“Tahun ini merupakan tahun yang memberi impak kepada UCSI kerana telah diiktiraf oleh QS University Rankings: Asia 2018 sebagai universiti yang paling pantas meningkat naik di Asia dan berada di kedudukan 100 teratas untuk reputasinya sebagai universiti seni persembahan di penilaian QS World University Rankings by Subject 2018.
“Kemampuan universiti ini untuk terus meningkat naik di peringkat global adalah kerana gabungan hebat yang menunjukkan kegigihan daya usaha universiti yang sentiasa ingin mencapai kecemerlangan dan prestasi terbaik dengan strategi tertentu untuk capaian secara dalaman juga luaran,” katanya.
Kejayaan itu juga katanya, disebabkan oleh komitmen untuk meningkatkan nilai kerjasama bagai kepentingan masa depan pelajar dan pekerja serta dedikasi dan daya usaha pelajar dan pekerjanya dalam mencapai aspirasi ini.
“Kami menerima kejayaan ini memandangkan ia menuju ke arah yang betul. Kami semua di UCSI berusaha keras untuk terus memperbaiki prestasi kami dan saya ingin mengucapkan terima kasih di atas usaha semua pekerja dan pelajar UCSI.
“Fokus kami adalah untuk memajukan dan meningkatkan lagi prestasi UCSI. Kami juga sedang berusaha untuk membina kekuatan universiti. Pendidikan berkualiti adalah keutamaan kami dan kami ingin menjadi perintis dan pelopor yang mendahului pelbagai aspek pendidikan,” katanya.
Khalid juga merasakan bahawa kedudukan UCSI di dalam penilaian ini menunjukkan bahawa universitI di Malaysia boleh memperlihatakan kemajuan yang jelas sekiranya mereka menggabungkan kebolehan dan usaha mereka untuk menjadi lebih baik.
“Penilaian ini juga membuktikan bahawa kita mampu melakukan apa saja jika kita mahu. Kita tidak dapat lakukannya sekiranya kita memutuskan untuk tidak lakukannya.
“Menyahut visi industri pendidikan tempatan, UCSI berkongsi aspirasi dan peranan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan tinggi utama di Asia,” katanya.
Beliau memberitahu, selama ini, UCSI fokus untuk memperbaiki hasil kajian berimpak tinggi, pengajaran dan perkembangan kokurikulum dan gabungan kerjasama industri.
UCSI juga katanya, bekerjasama dengan universiti-universiti terulung di seluruh dunia dan tidak lupa juga universiti-universiti baharu selain mempertingkatkan kerjasama dengan universiti-universiti terbaik di dunia.
Pelajar UCSI dipilih setiap tahun oleh Harvard, Imperial College London, Chicago dan Tsinghua and the University of Queensland untuk penglibatan mereka dalam program penyelidikan mereka sebelum ini.
Selain itu, University of Melbourne juga telah mengatur kerjasama dengan UCSI supaya pelajar perubatan tahun ketiga UCSI mempunyai peluang untuk menyambung pelajaran di Melbourne untuk Sarjana Sains Perubatan selepas setahun pengajian, menunjukkan bahawa Universiti Melbourne mengiktiraf program perubatan UCSI dengan tempoh tiga tahun ini.
Pelajar-pelajar UCSI ini kemudiannya akan pulang ke UCSI untuk menghabiskan program perubatan mereka, menamatkan pengajian mereka bersama dua ijazah dan dua universiti. - UTUSAN ONLINE
.