FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION


FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION

Freedom of speech is the freedom to speak without censorship and/or limitation. The synonymous term freedom of expression is sometimes used to indicate not only freedom of verbal speech but any act of seeking, receiving and imparting information or ideas, regardless of the medium used [United Nations, 1966, 1976]. The right to freedom of speech is recognized as a human right under Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights and recognized in international human rights law in the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR). The ICCPR recognizes the right to freedom of speech as "the right to hold opinions without interference. Everyone shall have the right to freedom of expression". Furthermore freedom of speech is recognized in European, inter-American and African regional human rights law [United Nations, 1966, 1967]. Freedom of speech, or the freedom of expression, is recognized in international and regional human rights law. The right is enshrined in Article 19 of the International Covenant on Civil and Political Rights, Article 10 of the European Convention on Human Rights, Article 13 of the American Convention on Human Rights and Article 9 of the African Charter on Human and Peoples' Rights [Andrew Puddephatt & Hodder Arnold, 2005; Kumar, Ambika, 2006].

In Islamic ethics freedom of speech was first declared in the Rashidun period by the caliph Umar in the 7th century. In the Abbasid Caliphate period, freedom of speech was also declared by al-Hashimi (a cousin of Caliph al-Ma'mun) in a letter to one of the religious opponents he was attempting to convert through reason.

According to George Makdisi and Hugh Goddard, "the idea of academic freedom" in universities was "modelled on Islamic custom" as practiced in the medieval Madrasah system from the 9th century. Islamic influence was "certainly discernible in the foundation of the first deliberately-planned university" in Europe [Boisard, Marcel A., 1980].

* Selected REFERENCES / Sources:


Amnesty International: Annual Reports: URLhttp://www.amnesty.org/ailib/aireport/index.html Andrew Puddephatt & Hodder Arnold. (2005). Freedom of Expression: The Essentials of Human Rights. United Publishers. Boisard, Marcel A. (July 1980), "On the Probable Influence of Islam on Western Public and International Law", International Journal of Middle East Studies 11 (4): 429–50. Goddard, Hugh. (2000). A History of Christian-Muslim Relations. Edinburgh: Edinburgh University Press. Kumar, Ambika. (2006). ‘Using Courts to Enforce the Free Speech Provisions of the International Covenant on Civil and Political Rights.’ Published by Chicago Journal of International Law. Summer 2006. URLhttp://www.allbusiness.com/corporate-governance/4082846-1.html United Nations: ‘International Covenant on Civil and Political Rights.’ Adopted and opened for signature, ratification and accession by General Assembly resolution 2200A (XXI) of 16th December 1966: Entry into force 23 March 1976, in accordance with Article 49. URLhttp://www2.ohchr.org/english/law/ccpr.htm (United Nations) Wikipedia. (2010). ‘Freedom of Speech.’ Wikimedia Foundation, Inc. URLhttp://en.wikipedia.org/wiki/Freedom_of_expression

.

31 December 2010

Anggota Polis Tolak Rasuah


Komen:
Elok lah macam itu, walaupun (saguhati) nampak kecil tapi penting untuk menaikkan moral dan semangat anggota polis agar 'jujur' dalam tugas mereka. Anggota polis juga perlukan 'motivasi' dan latihan 'integriti' yang sesuai dari semasa ke semasa. Jangan ingat nak cepat 'kaya.' Lagipun wang rasuah tak berkat.

http://www.hmetro.com.my/articles/Duapolistolakrasuahterimasaguhati/Article
(31 December 2010)

Dua polis tolak rasuah terima sagu hati

SHAH ALAM: Dua anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak diraikan dalam majlis Pemberian dan Penyampaian Wang Saguhati di atas kejayaan mereka menahan anggota sindiket samun kereta mewah di Lembah Klang dan menolak pemberian wang rasuah RM7,000 yang cuba disogok suspek terbabit.

Allahyarham Koperal Mustafa Othman, 45, dan Lans Korperal Abdullah Ibrahim, 51, tidak menduga lelaki yang ditahan dalam kenderaan mewah BMW pada 24 Mei lalu dekat Pasar Borong Selayang penjenayah. Suspek terbabit cuba merasuah kedua-dua anggota berkenaan menyebabkan mereka menahan suspek sebelum kegiatan lelaki terbabit terbongkar.

Penyampaian sagu hati itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor disempurnakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin kepada Abdullah. Allahyarham Mustafa diwakili balunya, Sarjan Nazita Nokman, 44, yang juga seorang anggota polis dan bertugas di Unit Pengaduan Tatatertib Bukit Aman.

Hadir sama, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dan pegawai kanan polis. Nazita ketika ditemui berkata, suaminya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada 27 Mei lalu ketika pulang dari Tanjung Karang selepas mengambil anaknya. “Arwah seorang yang tegas dan berdisiplin dalam tugas,” katanya.


.

26 December 2010

Suami Syok Amah ! Salah Siapa ?


Comment:

Once in a while, I would like to highlight something different. In the case below, both the husband and wife are at fault. The wife, due to her busy schedule did not bother to 'beautified' herself, for her sake and for her husband, as a result, the husband go and find other source of 'beauty'. The husband is also at fault for not appreciating the wife sacrifice.

Would it be any different IF the wife had beautified herself in the first place? Maybe and maybe not... but at least she can confidently says 'I have tried to beautified myself for my husband, but he still leave me.'

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Suamisyokamah/Article/index_html
(26th December 2010)

Suami syok amah
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Remuk hati seorang isteri apabila suami yang dikahwini lebih 20 tahun lalu mengeji payudaranya sudah tidak menarik sebelum meninggalkannya untuk menjalin hubungan cinta dengan pembantu rumah warga Indonesia.

Isteri malang itu yang hanya mahu dikenali sebagai Faridah, 43, mendakwa suaminya yang berusia 45 tahun mengabaikan dia dan anak-anak sejak tiga bulan lalu hingga langsung tidak menghulurkan nafkah.

“Hati saya bertambah sakit apabila suami tanpa segan silu memberitahu niatnya untuk berkahwin dengan gadis Indonesia itu tahun depan. “Paling menyedihkan apabila bentuk fizikal saya yang tidak lagi menarik selain payudara saya yang sudah kendur dijadikan bahan sindiran untuk menghina dan mencaci saya di depan anak.

“Dia sering bersungut kononnya saya malas menjaga badan menyebabkan dia hilang selera setiap kali bersama saya. Maruah saya dihina hingga saya malu apatah lagi bila dia sengaja bercakap dengan suara tinggi hingga didengar jiran,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Gombak.

Faridah mendakwa, suaminya juga sering membandingkan dirinya dengan amah Indonesia itu yang didakwa berkulit tegang dan gebu kerana mengamalkan pemakanan jamu selain petua awet muda. Faridah yang mendirikan rumah tangga pada 1990 berkata, keadaan kekurangan fizikal dialami banyak berpunca dari faktor genetik selain terpaksa menyusukan semua enam anaknya ketika mereka kecil. Kini anaknya berusia antara lima hingga 20 tahun.

“Akibat kesempitan hidup, saya tidak mampu membelikan susu tepung dan terpaksa memberi susu badan kepada semua anak. Ada antaranya yang menghisap susu badan sehingga berusia lima tahun. Mungkin faktor itu menyebabkan payudara saya tidak lagi menarik,” katanya.

Dia yang bergantung hidup dengan menjual kuih dan nasi lemak memberitahu kesibukannya berniaga selain menguruskan anak-anak serta rumah tangga menyebabkan keadaan dirinya sering kali tidak terurus. “Saya sedih diperlakukan seolah-olah saya tiada harga diri. Di matanya, saya cukup jijik hingga makanan yang saya hidangkan sering kali tidak dijamah,” katanya.

Kata Faridah, sebelum ini dia banyak berkorban untuk keluarga kerana menyedari pendapatan suaminya yang kecil selain perlu menanggung kos sewa rumah, persekolahan dan makan minum keluarga. “Namun apa yang saya lakukan ini langsung tidak dihargai apabila dia kemaruk bermain cinta dengan gadis Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah.

“Perkara ini hanya saya sedari apabila telefon bimbit suami saya kerap berdering pada waktu malam sebelum dia dilihat gemar berbual dalam keadaan berbisik. “Rasa curiga menyebabkan saya memberanikan diri bertanya sebelum dia tanpa berselindung menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan gadis Indonesia itu dan meminta saya memberi persetujuan,” katanya.


.

22 December 2010

Top Officers and Top Corruption Practises !




http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm
(22nd Dec 2010)

Tidak mengaku terima rasuah

Oleh SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my

MAHAZMI selepas didakwa menerima rasuah RM200,000 di Mahkamah Seksyen Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam. – utusan/HAFIZH KHOSMAT

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR 21 Dis. – Bekas Pengurus Kanan Kebolehan Marin Sime Darby Engineering Sdn. Bhd. mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima rasuah RM200,000 daripada seorang pemilik syarikat pembinaan kapal, dua tahun lalu.

Mazhazmi Jamaludin, 36, merupakan individu kedua yang didakwa di mahkamah sejak pendedahan mengenai kerugian RM2.1 bilion yang ditanggung oleh Sime Darby Bhd. (Sime Darby) pada Mei lalu. Dia yang tiba di mahkamah dengan ditemani isteri dan seorang lagi rakannya dilihat menitiskan air mata beberapa minit selepas duduk di galeri awam.

Pada 6 Ogos lalu, Pengurus Besar Sime Darby Holdings Bhd., Zamri Mohd. Iderus, 39, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua pertuduhan menerima rasuah RM99,000 serta menggunakan maklumat harga bidaan tanpa kebenaran syarikat pada 2008.

Pada prosiding hari ini, Mazhazmi didakwa menerima rasuah wang tunai RM200,000 daripada pemilik syarikat pembinaan kapal, MLC Shipbuildings Sdn. Bhd. (MLC), Redzuan Goh Mohammed Karian.

Suapan wang tersebut adalah sebagai upah bagi mencadangkan MLC kepada Sime Darby dalam mendapatkan kontrak pembinaan dan penjualan tiga buah kapal tunda (barge) bernilai AS$134.2 juta (RM467.9 juta). Upah tersebut juga didakwa sebagai balasan kepada tertuduh yang mengesahkan bayaran tertentu bagi pembinaan kapal-kapal tersebut.

Perbuatan itu didakwa dilakukan antara pukul 1.25 petang dan 5 petang, 31 Disember 2008 di bilik mesyuarat syarikat tersebut yang terletak di Megan Avenue 1, Blok C, 6-1, Jalan Tun Razak di sini.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara minimum 14 hari atau tidak melebihi 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan atau yang mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kevin Morais manakala tertuduh diwakili peguam bela, Shamsul Sulaiman. Morais mencadangkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh tetapi dibantah oleh peguam bela.

Shamsul ketika memohon jumlah jaminan tersebut dikurangkan turut meminta wang jaminan yang telah dikenakan oleh SPRM sebelum ini iaitu sebanyak RM10,000 dikembalikan kepada tertuduh agar boleh digunakan untuk membayar jamin.

Morais memohon mahkamah mengekalkan jumlah jaminan yang dicadangkan ekoran jumlah wang rasuah yang terlibat dalam kes itu adalah tinggi.

Hakim Rozilah Salleh kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 setelah menyifatkan jumlah yang dicadangkan oleh pihak pendakwaan adalah munasabah.

Mahkamah turut menetapkan 7 Januari ini untuk sebutan semula kes itu bagi membolehkan pihak pendakwaan membekalkan dokumen berkaitan kepada pihak pembelaan mengikut peruntukan di bawah Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah.



-----------------------------------------------------------------------


http://www.mmail.com.my/content/58405-sime-darby-man-charged-accepting-bribes
(21st December 2010)

Sime Darby man charged for accepting bribes

Submitted by shaza on Tuesday, December 21st, 2010
Accused claims he was stripped naked by MACC during investigations
Reena Raj
Tuesday, December 21st, 2010 12:11:00
KUALA LUMPUR: A former senior manager of Sime Darby Engineering Sdn Bhd was charged at the Sessions Court here today for accepting bribes to secure a contract for the construction and sale of three barges. Mazhazmi Jamaludin, 36, claimed trial to the charge after it was read to him.

Mazhazmi, now a general manager in an investment holdings company, was charged with committing the offence as a senior manager in Kebolehan Marin (marine services) in Sime Darby engineering on Dec 31, 2008, between 1.25 to 5pm at the MLC Shipbuildings Sdn Bhd meeting room in Jalan Tun Razak, here.

Mazhazmi had allegedly accepted a RM200,000 bribe from the owner of MLC shipbuilding, Redzuan Goh Mohammed Karian, to secure a contract by suggesting, "MLC construction and sale of one Derrick Lay Barge construction and sale of one unit 75m (Wartsila 8000 bhp) Anchor handling truck/ supply vessel Hull number : 75084 worth US$134.2 million".

Mazhazmi allegedly also approved payment for the construction of a unit of Derrick Lay Barge Hull no MLC 12888 and two units of Anchor Handling Tug/Supply Vessels Hul number 75083 and 75084. He was charged under Section 11 of the Anti-Corruption Act 1997 and is liable to a maximum jail term of 20 years and a fine of not less than five times the value of the bribe or RM10,000, whichever is higher. Judge Rozilah Salleh set bail at RM20,000 with one surety.

Mazhazmi's counsel, Shamsul Sulaiman, told the court his client claimed he was tortured by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) during investigations. "My client was initially told he was being questioned as a witness but later was charged. He was stripped naked and blindfolded before being forced to engage in physicals acts, such as standing on one leg. He was also verbally abused and gave a statement he was told to," Shamsul said.

MACC senior deputy public prosecutor cum Assistant Director of Legal & Prosecution, Anthony Kevin Morais disagreed with Shamsul's statement. "Mazhazmi was released on police bail in June. He had six months to file a police report but he did not and only today is it brought up," he said. Mazhazmi was dressed in a pink checkered shirt was seen wiping his tears when Shansul told the court about the alleged abuse.

The court set Jan 7 for mention.

----------------------------------------------------------------------------------------

http://www.mmail.com.my/content/58241-former-immigration-deputy-dg-gets-56-years-graft (21 December 2010)

Former Immigration deputy D-G gets 56 years for graft

Submitted by shaza on Monday, December 20th, 2010

Reena Raj
Monday, December 20th, 2010 10:44:00
UPDATED 2.20PM

KUALA LUMPUR: The Sessions Court here this morning sentenced former Immigration Deputy Director-General Yusof Abu Bakar to 56 years jail and a RM620,000 fine after he was found guilty of 14 charges of accepting bribes amounting to RM121,500 for approving the extension of social visit passes for Chinese nationals.

Judge Abu Bakar Katar found Yusof guilty of the charges last Thursday after hearing submissions from deputy public prosecutor Ahmad Sazilee Abdul Khairi and Yusof's counsel Mohammed Azmi Mohd Said.

Abu Bakar, however, ordered the sentence to run concurrently. Yusof will only face six years in jail as that is the highest sentence that can be handed for his 14 charges. The judge also ordered the jail term to begin from the date of conviction, which was on Dec 16. Yusof, 56, was dressed in a dark blue blazer and looked calm when the sentence was read out.

Mohammed Azmi asked for a stay of execution from the court as they planned to file an appeal. Abu Bakar allowed the stay with the condition that they post a RM20,000 bail with two sureties as well as file the appeal by tomorrow. In mitigation on Thursday, Mohammed Azmi urged the court to impose a non-custodial sentence on his client.

He said the crime committed by Yusof had not hurt any one and he cooperated during investigations. Mohammed Azmi said Yusof stood to lose his pension and gratuities even though he had served the government for 32 years.

Yusof, according to the lawyer, had already suffered when one of his two sons died in an accident earlier this year. Furthermore, he suffers from diabetes, heart problems and high blood pressure. Ahmad Sazilee, meanwhile, asked the court to mete out the sentence to serve as an example for civil servants involved in graft.

Yusof, according to the DPP, was a PTD (Administrative and Diplomatic Officer) at JUSA grade C level when he committed the offence. Yusof was charged on Oct 14, 2008, with accepting bribes of between RM500 and RM18,000 from a sales manager between March 21 and June 25 the same year. The offences were committed in his office at Level 7 of the Immigration Department in Putrajaya; at the Federal Hotel in Jalan Bukit Bintang and at a Caltex petrol station in Jalan Pudu.

On Nov 14, 2008, Yusof, was charged with four counts of corruption in the Klang Sessions Court as well as one corruption charge at the Petaling Jaya Sessions Court. All cases were transferred to the Kuala Lumpur Sessions Court when trial started on Feb 22.



.

16 December 2010

Tan Sri Tajuddin Ramli & SPRM



Kes Tajuddin Ramli: SPRM temui bukti baru


KUALA LUMPUR 15 Dis. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemui bukti baru berkaitan rasuah dan salahguna kuasa yang dipercayai melibatkan bekas Pengerusi Malaysia Airlines System Bhd. (MAS), Tan Sri Tajuddin Ramli.

Pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM, Tan Sri Dr. Hadenan Abdul Jalil berkata, bukti-bukti baru terbabit diterima SPRM beberapa bulan lalu.

Difahamkan, antara bukti diterima suruhanjaya itu adalah beberapa dokumen yang dipercayai boleh membantu siasatan.

Menurutnya, buat masa ini, pihak SPRM masih lagi menjalankan siasatan dan keputusannya belum diketahui.

"Bukti-bukti baru itu diterima daripada pelbagai sumber dan bila siasatan telah selesai kita akan kemukakan.

"Saya ingin tegaskan di sini bahawa, SPRM tidak pernah tutup siasatan kes itu dan dakwaan yang menyatakan SPRM tidak menjalankan siasatan adalah tidak benar sama sekali," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau dan beberapa PPO SPRM sebelum itu mengadakan mesyuarat PPO di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di Jalan Duta di sini.

Sebelum ini, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menggesa kerajaan menyiasat semula kerugian yang pernah dialami oleh MAS sebanyak RM8 bilion ketika syarikat tersebut diterajui oleh Tajuddin dalam tempoh antara 1994 hingga 2001.


Source: http://www.mykedah2.com/e_20hall_fame/e202_3_02.htm

Tan Sri Tajuddin Ramli was born in Kg. Kuala Kangkong, Kedah on 13th April 1946. He had his education at the Sultan Abdul Hamid College until 1966. In 1967, he continued his tertiary education at the University of Malaya and graduated in 1970 with a Bachelor's degree in Business Administration.

Career :

*Administrative Officer at Ministry of International Trade and Industry, Malaysia
*Marketing Executive, Dunlop Industries Berhad (1970)
*General Manager, Utama Wardley Berhad
*Chief Executive Officer, Syarikat Raleigh Berhad (1984)
*Executive Chairman, Technology Resources Industries Berhad
*Chairman, Alpine Resources Sdn. Bhd.
*Chairman, Arah Murni Sdn. Bhd.
*Chairman, RZ Equities Sdn. Bhd.
*Chairman, Celcom Berhad
*Director, General Lumber Holdings Bhd.
*Chairman, Malaysian Airlines System Berhad (MAS)
*Chairman, Southeast Asian Telecommunications Community (SEATLE)

*Member, Commonwealth Consultative Group of Technology Management
*Member, Trustee of Bumiputera Entrepreneur Foundation
*Chairman, Malaysian Industry and Government for High Technology (MIGHT)
*President, Malay Chamber of Commerce, Malaysia
*President, National Chamber of Commerce and Industry of Malaysia (NCCIM)
*President, Asean Chamber of Commerce and Industry (ACCI)
*Member, Malaysian Economic Action Committee (MTEN)
*Member of National Economic Consultation (MAPEN I & II)




.

14 December 2010

Hakim Mahkamah Syariah & Rasuah !




KOMEN:

Apa sudah jadi dengan hakim mahkamah syariah kita? Hakim mahkamah syariah umpama 'ustaz' yang berjawatan tinggi... gaji pun boleh tahan... tapi sempat lagi buat rasuah?!

Antara masalahnya, mungkinkah:

1- Gaji tak cukup tinggi?

2- Tidak ada sistem 'check and balance' yang berkesan daripada pihak atasan (dan juga panel hakim)? Sistem Integriti Penjawat Awam @Hakim yang berkesan?

3- Mungkin juga tiada sistem 'maklumbalas awam' yang efektif (effective public feedback), dimana pendapat dan pandangan umum (aduan awam) dianggap sebagai 'sampah.'

Buatlah 'interview' dengan 'hakim' tersebut, dan tanyalah apakah sebenarnya yang berlaku sehingga menyebabkan keruntuhan darjat/moral yang begitu drastik? Jangan cari salah saja, dan masuk hakim tersebut ke dalam jail. Cari juga 'apakah punca sebenar' yang menyebabkan berlakunya krisis tersebut, dan apakah 'sistem integriti' yang perlu diadakan pada masa akan datang.




Bekas hakim dipenjara 19 tahun kerana rasuah
14/12/2010 4:03pm

IPOH 14 Dis. - Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak, Hassan Basri Shapie hari ini dihukum penjara 19 tahun dan denda RM210,000 selepas disabitkan atas tujuh pertuduhan rasuah. - Utusan
-------------------------------------------------------------------------------------------

PULAU PINANG 13 Dis. – Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan pasangannya yang sebelum ini ditahan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) kerana disyaki bersekedudukan, dilepaskan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini dengan bon mahkamah RM3,000 setiap seorang.

Hakim Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya menetapkan jumlah tersebut selepas pihaknya dimaklumkan oleh peguam Ahmad Munawir Abd. Aziz yang mewakili pasangan terbabit bahawa anak guamnya sudah berkahwin di luar negara.

Pada prosiding di mahkamah hari ini, peguam itu turut mengemukakan surat pengesahan pernikahan pasangan terbabit. ‘‘Justeru itu, pihak pembelaan memohon siasatan semula dilakukan sebelum sebarang tindakan lanjut diambil terhadap suspek sama ada mereka didakwa ataupun sebaliknya atas tuduhan berkenaan,’’ kata Ahmad Munawir.

Nik Bukhari menetapkan 31 Januari depan untuk sebutan semula kes tersebut bagi membolehkan tindakan susulan dibuat oleh pihak pendakwaan terhadap suspek yang berusia 40-an dan 30-an. Terdahulu, kedua-dua suspek hadir ke mahkamah pada pukul 10 pagi diiringi peguam mereka, Ahmad Munawir yang turut dibantu oleh Wan Faridulhadi Md. Yusof.

Kes tersebut kemudiannya didaftarkan oleh Bahagian Pendakwaan JAIPP. Ketua Pendakwa Syarie, Mohd. Zulkhairi Aziz mendaftarkan kes itu mengikut Seksyen 27 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 iaitu berkhalwat. Bagaimanapun pertuduhan berkenaan tidak dibacakan terhadap pasangan itu setelah pihak pembelaan mengemukakan representasi kepada Ketua Pendakwaan Syarie Pulau Pinang supaya kes tersebut disemak semula.

-----------------------------------------------------------------------------------------


Tindakan tegas hakim khalwat

PULAU PINANG 9 Dis. – Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) hari ini mengesahkan seorang hakim Mahkamah Tinggi Syariah di negeri ini ditahan kerana disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita di sebuah perumahan kerajaan di sini Ahad lalu.

Pengarahnya, Sazali Hussin berkata, buat masa ini, kes membabitkan hakim tersebut yang berusia lingkungan 40-an dan berkhidmat di Mahkamah Tinggi Syariah di sini sedang giat dijalankan. “Kita bertindak atas aduan yang dibuat orang awam dan buat masa ini tidak dapat beri komen kerana ia masih dalam siasatan,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan, seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah ditahan penguat kuasa JAIPP kerana disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita di kuarters kerajaan di Georgetown di sini, pada Ahad lalu. Menurut laporan itu, hakim terbabit ditahan kira-kira pada pukul 2 pagi dan ketika serbuan dilakukan isteri dan anaknya tiada di rumah kerana dikatakan berada di ibu kota.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi turut mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai penangkapan seorang hakim dan wanita kerana disyaki berkhalwat. Sementara itu, di ibu negara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap hakim syariah tersebut.

----------------------------------------------------------------------------------------

http://www.hmetro.com.my/articles/Hakimsyariahbersekedudukan/Article (9th Dec 2010)

Hakim syariah bersekedudukan
Oleh Idris Musa

KUALA LUMPUR: Seorang hakim Mahkamah Tinggi Syariah ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang kerana disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita di kuarters kerajaan di Georgetown, Ahad lalu. Menurut sumber, hakim terbabit yang berusia 40-an ditangkap ketika bersama pasangannya kira-kira jam 2 pagi.

“Sewaktu kejadian, isteri dan anaknya tiada di rumah kerana dikatakan ke ibu kota. “Pasangan itu ditangkap penguat kuasa agama hasil maklumat diperoleh,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Hakim terbabit dikatakan berkhidmat di Mahkamah Tinggi Syariah di sebuah negeri di utara Semenanjung sejak lebih setahun lalu. Sebelum ini, beliau bertugas di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Putrajaya. Kes berkenaan bagaimanapun masih di peringkat siasatan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan hakim terbabit belum didakwa, sebaliknya dia dibebaskan dengan jaminan Jabatan Agama Islam selama seminggu.

Sumber itu berkata, kes berkenaan agak sulit (??) kerana mempunyai unsur ugutan daripada tertuduh terhadap pegawai penyiasat. Namun, katanya, pihak penyiasat sudah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan. “Pada masa ini hakim terbabit diberi jaminan penguat kuasa. Tempoh jaminan akan berakhir Isnin depan dan pada hari berkenaan, kes dijangka disebut di mahkamah syariah.

“Beliau sebelum ini dikatakan mengugut pegawai siasatan dan penguat kuasa dengan mengancam untuk mengambil tindakan jika mereka meneruskan kes berkenaan kerana beliau mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan pihak atasan,” katanya.


.

09 December 2010

Ling Liong Sik & Bicara Rasuah Besar !




http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/16saksiuntukbicarakesDrLing/Article/index_html (9th Dec 2010)

16 saksi untuk bicara kes Dr Ling

KUALA LUMPUR: Kes bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik (67 tahun) yang didakwa atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia untuk memberi persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah, Pelabuhan Klang bagi pembinaan projek ‘Mega Distribution Hub’ yang kini dikenali Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) pada 2002 ditetapkan untuk perbicaraan pada 3 Mei tahun depan.

Tarikh itu ditetapkan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi selepas kes berkenaan yang dipindahkan dari Mahkamah Sesyen Putrajaya disebut di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam. Sekurang-kurangnya antara 15 hingga 16 saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan itu nanti. Dr Ling, 67, didakwa atas satu tuduhan utama dan satu tuduhan pilihan menipu Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan terhadap pembelian tanah di Pulau Indah bagi projek PKFZ (dahulu dikenali sebagai Mega Distribution Hub) di Pelabuhan Klang.

Bagi kedua-dua tuduhan, bekas menteri itu didakwa melakukan perbuatan itu antara 25 September 2002 dan 6 November 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Bagi pertuduhan utama, beliau didakwa menipu berhubung pembelian tanah berdasarkan terma yang dipersetujui di antara Kuala Dimensi Sdn Bhd dengan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) yang antara lainnya adalah:

•Luas tanah 999.5 ekar (404.5 hektar) atau (43,538,200 kaki persegi);

•Kadar pembelian tanah sebanyak RM25 satu kaki persegi (skp) menjadikan jumlah pembelian bernilai RM1,088,456,000 dan;

•Tempoh pembayaran balik berdasarkan kaedah ‘deferred payment’ (bayaran tertangguh) selama 15 tahun dengan kadar faedah 7.5 peratus setahun (berjumlah RM720,014,600).

Bekas menteri itu didakwa secara curang menyembunyikan fakta ke atas tanah itu iaitu kadar RM25 skp bagi tempoh bayaran balik 10 tahun atau RM25.82 skp bagi tempoh bayaran balik 15 tahun adalah termasuk kadar kupon/faedah yang boleh dikenakan untuk tempoh itu.

Penyembunyian fakta itu mendorong Jemaah Menteri bersetuju terhadap pembelian tanah itu sedangkan beliau mengetahui perbuatannya boleh menyebabkan kerajaan menanggung kerugian. Bagi tuduhan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dr Ling turut didakwa atas tuduhan pilihan menipu Jemaah Menteri dengan menyembunyikan fakta serupa pada waktu dan tempat yang sama. Bagi tuduhan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 417 kanun serupa yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu pada prosiding semalam, peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Dr Ling memohon mahkamah menetapkan tarikh bicara pada Mei bagi memberinya peluang meneliti segala dokumen yang akan diserahkan oleh pihak pendakwaan. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang mengetuai pihak pendakwaan, memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan menyerahkan dokumen berkaitan bulan depan, membabitkan lebih 200 dokumen. Dr Ling hadir ke mahkamah ditemani isterinya Toh Puan Ena Ling dilepaskan dengan jaminan bon peribadi RM1juta.


Komen:
200 dokumen ni... Jangan cakap takde bukti lagi !!


LIHAT JUGA (ALSO SEE):

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_01.htm
(9th December 2010)

Liong Sik dibicara mulai 3 Mei

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES
pengarang@utusan.com

Dr. Ling Liong Sik ketika hadir di mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini mulai 3 Mei depan atas tuduhan menipu Jemaah Menteri berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) melibatkan pembelian tanah bernilai RM1.08 bilion, hampir lapan tahun lalu.

Hakim Datuk Ahmadi Asnawi menetapkan perbicaraan tersebut selama 14 hari iaitu sehingga 20 Mei depan, ketika kes itu disebut kali pertama di hadapan beliau hari ini selepas dipindahkan dari Mahkamah Sesyen Putrajaya pada 30 November lalu




.

Program Realiti dan Realiti Kehidupan?!

Komen:
Bagaimana mereka menang?? Bukankah mereka ini terpilih daripada ratusan calon, dengan kriteria yang amat ketat?! ... Lakonan saja... Itu lah sejak dulu lagi saya 'anti' program realiti... Tak tengok pun... Maksiat.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sein_Nanasahbercerai/Article/index_html
(9th December 2010)

Sein, Nana sah bercerai
SHAH ALAM: Bagaikan sudah terkena badi, mahligai perkahwinan juara program realiti Sehati Berdansa musim ketiga, Sein Ruffedge dan Nana menemui titik nokhtah apabila Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, membenarkan permohonan perceraian pasangan itu dengan talak satu, semalam.

Sein, 27, atau nama sebenarnya Syed Hussein Syed Mustaffa melafazkan talak pada jam 2.46 petang, selepas mahkamah membenarkan permohonan Nana, 26, yang juga anak bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib untuk berpisah secara baik. Nana yang pernah menyertai rancangan realiti, Mentor musim pertama memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Prosiding perceraian berkenaan berlangsung di hadapan Hakim Syarie Zainor Rashid Hassin dan Nana atau nama sebenarnya, Noor Diyana Muhammad diwakili peguam syarie, Zuri Zabudin Budiman. Sein bagaimanapun tidak diwakili peguam syarie.

Terdahulu, Zuri Zabudin memberitahu, permohonan untuk bercerai itu difailkan berikutan pasangan terbabit tidak lagi mempunyai persefahaman dalam rumah tangga yang dibina sejak Julai 2006. “Pasangan ini tidak dapat lagi menjalani kehidupan sebagai suami dan isteri dan wujud perbalahan berpanjangan. Mereka masih serumah tetapi tidak tidur bersama. Pelbagai usaha sudah dijalankan tetapi tiada jalan penyelesaian,” katanya. Zainor Rashid selepas mendengar lafaz itu mensabitkan gugur talak satu kali pertama secara rajie terhadap Nana dan memerintahkan dia untuk beredah selama tiga kali suci.

Beliau juga memerintahkan supaya perceraian itu didaftarkan di Pejabat Agama Daerah Petaling dan surat nikah pasangan tersebut dibatalkan. Sein dan Nana mendirikan rumah tangga pada Julai 2006 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahayamata, Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, 1. Sein yang kini aktif sebagai pelakon dan pernah menjayakan drama bersiri ‘Adamaya’ bergandingan dengan Lisa Surihani. Dia juga pernah muncul sebagai pelakon undangan dalam Hotel Mania terbitan KRU Studio selain membintangi filem Sepi arahan Khabir Bhatia. Sein dan Nana adalah pasangan peserta Sehati Berdansa terbaru yang tidak dapat mempertahankan rumah tangga mereka. Sebelum ini, pasangan Asheed Def-Gab-C, Atilia, Dira Abu Zahar, Radhi OAG, Sabrina Ali dan Anne Ngasri turut menerima nasib sama. Pengacara Fahrin Ahmad yang menjalinkan hubungan dengan Linda Onn dan Scha Al Yahya ketika mengacara program ini turut berdepan kontroversi panas.
[Alamak... Macam tuhan tak restu program realiti ini... Macam-macam musibah ditimpa!]

Sementara itu, pada prosiding sama, mahkamah juga merekodkan persetujuan bersama Nana meliputi nafkah edah, mutaah dan harta sepencarian serta hak penjagaan dua anak mereka.




.

03 December 2010

Gun Show Events and Accident


Comment:

Dumb father who let the boy held the gun, and dumb organizer(s) too, that organized such events, and letting a minor held the gun - BOTH should be charged !!


Gun show death video 'too gruesome':lawyer
Denise Lavoie, AAP December 3, 2010, 4:41 pm
A videotape showing the moment an eight-year-old boy accidentally shot himself dead with an Uzi submachine gun is too gruesome to be shown in court, lawyers for a gun fair organiser charged with the boy's manslaughter say. Christopher Bizilj was killed when he lost control of the Uzi and shot himself in the head at a gun fair in Westfield, Massachusetts, in 2008.

The video was filmed by Christopher's father, Dr Charles Bizilj, who was standing nearby as his son fired a 9mm micro Uzi submachine gun at a pumpkin. The boy lost control of the gun as it recoiled. Edward Fleury, who owned the company that organised the event, has been charged with Christopher's manslaughter.

Edward Fleury, who is the former police chief of Pelham, Massachusetts, has pleaded not guilty and is scheduled to go on trial next week. Fleury's lawyers say the videotape is gruesome and is likely to elicit an emotional reaction from jurors and prejudice them against their client. They are asking the judge to keep the videotape out of the trial or, if not, then to bar prosecutors from playing the audio portion of the tape, which includes the father's anguished reaction to the death of his son.

One of Fleury's lawyers, Rosemary Curran Scapicchio, said the videotape was graphic and could evoke bias against her client. "I'd hate to have the jurors not be able to remain impartial after they've seen the video," Scapicchio said.
.