FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION


FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION

Freedom of speech is the freedom to speak without censorship and/or limitation. The synonymous term freedom of expression is sometimes used to indicate not only freedom of verbal speech but any act of seeking, receiving and imparting information or ideas, regardless of the medium used [United Nations, 1966, 1976]. The right to freedom of speech is recognized as a human right under Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights and recognized in international human rights law in the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR). The ICCPR recognizes the right to freedom of speech as "the right to hold opinions without interference. Everyone shall have the right to freedom of expression". Furthermore freedom of speech is recognized in European, inter-American and African regional human rights law [United Nations, 1966, 1967]. Freedom of speech, or the freedom of expression, is recognized in international and regional human rights law. The right is enshrined in Article 19 of the International Covenant on Civil and Political Rights, Article 10 of the European Convention on Human Rights, Article 13 of the American Convention on Human Rights and Article 9 of the African Charter on Human and Peoples' Rights [Andrew Puddephatt & Hodder Arnold, 2005; Kumar, Ambika, 2006].

In Islamic ethics freedom of speech was first declared in the Rashidun period by the caliph Umar in the 7th century. In the Abbasid Caliphate period, freedom of speech was also declared by al-Hashimi (a cousin of Caliph al-Ma'mun) in a letter to one of the religious opponents he was attempting to convert through reason.

According to George Makdisi and Hugh Goddard, "the idea of academic freedom" in universities was "modelled on Islamic custom" as practiced in the medieval Madrasah system from the 9th century. Islamic influence was "certainly discernible in the foundation of the first deliberately-planned university" in Europe [Boisard, Marcel A., 1980].

* Selected REFERENCES / Sources:


Amnesty International: Annual Reports: URLhttp://www.amnesty.org/ailib/aireport/index.html Andrew Puddephatt & Hodder Arnold. (2005). Freedom of Expression: The Essentials of Human Rights. United Publishers. Boisard, Marcel A. (July 1980), "On the Probable Influence of Islam on Western Public and International Law", International Journal of Middle East Studies 11 (4): 429–50. Goddard, Hugh. (2000). A History of Christian-Muslim Relations. Edinburgh: Edinburgh University Press. Kumar, Ambika. (2006). ‘Using Courts to Enforce the Free Speech Provisions of the International Covenant on Civil and Political Rights.’ Published by Chicago Journal of International Law. Summer 2006. URLhttp://www.allbusiness.com/corporate-governance/4082846-1.html United Nations: ‘International Covenant on Civil and Political Rights.’ Adopted and opened for signature, ratification and accession by General Assembly resolution 2200A (XXI) of 16th December 1966: Entry into force 23 March 1976, in accordance with Article 49. URLhttp://www2.ohchr.org/english/law/ccpr.htm (United Nations) Wikipedia. (2010). ‘Freedom of Speech.’ Wikimedia Foundation, Inc. URLhttp://en.wikipedia.org/wiki/Freedom_of_expression

.

30 January 2011

Naib Presiden PKR Keluar Parti !

(3 Febrauary 2011)

Sikap Anwar punca tinggalkan parti beramai-ramai
MUAR 2 Feb. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sikap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering mengkhianati rakan merupakan punca pengasas dan pimpinan penting parti itu bertindak meninggalkannya beramai-ramai. Menurut Timbalan Presiden UMNO itu, Anwar lambat-laun akan ditinggalkan seorang diri kerana ramai penyokong yang sudah lari dengan terbaru Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan pada 29 Januari lalu.

"Semua pengasas bersama sudah 'chao liao', lari meninggalkan Anwar seorang sahaja. Ini bukan kenyataan politik tetapi ia sudah berlaku. Kenapa mereka buat begitu?

"Terbaru Gobalakrishnan, mereka tak percaya kerana Anwar pembohong besar, pengkhianat negara. Dia buat macam-macam cerita dalam dan luar negara yang bukan membawa kebaikan," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri taklimat banjir kawasan Parlimen Pagoh di Dewan Seri Pekembar Pagoh di sini hari ini. Beliau berkata, PKR juga umpama rumah yang kehilangan penyokong tetapi cuba ditegakkan seorang diri oleh Anwar, sehingga menjadikan ia sesuai dengan gelaran 'parti kian runtuh'.

Berhubung hasrat Anwar untuk membuat lawatan ke 30 kawasan Parlimen di seluruh negara untuk memperkukuhkan PKR dan memberi penerangan kepada orang ramai, Muhyiddin menegaskan, BN sentiasa bersedia di mana-mana kawasan untuk memberi penjelasan sebenar kepada rakyat. Katanya, tidak kira Anwar mahu bergerak ke 100 kawasan sekalipun, BN tidak akan gentar kerana parti pembangkang itu hanya membawa berita buruk dengan cercaan, fitnah dan pelbagai tuduhan terhadap kerajaan.

"Kian hari kepercayaan orang kian runtuh, jadi dia mungkin berasa perlu bergerak ke pelbagai tempat untuk menambah jangka hayat nyawa ikan yang masih tinggal.

"Mahu tidak mahu dia terpaksa bergerak, saya cadangkan dia bergerak ke seluruh negara bukan 30 kawasan sahaja kerana imej dia sudah teruk dan orang tidak percayanya lagi," katanya. Tambah beliau, pembangkang mungkin mencanangkan pelbagai rancangan seperti mahu menubuhkan negara Islam dengan kerjasama Pas dan pelan 100 hari tetapi keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dan di beberapa kawasan lain sebelum ini menunjukkan rakyat tidak mungkin terpedaya.

Muhyiddin juga menyatakan Selangor menjadi bukti PKR tidak tahu menguruskan negeri kerana isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) menjadi begitu kalut dan maruah kerajaan itu jelas hilang apabila pindaan perlembagaan yang cuba dilakukan tidak mendapat kelulusan.

"Rakyat patut melihatnya sebagai tamparan besar kepada parti itu. Itu sebab Anwar kena pergi merantau setiap negeri meminta tolong, minta nyawa," ujarnya.


.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
(30th January 2011)

Gobalakrishnan keluar PKR

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
muin.sapidin@utusan.com.my

KULIM 29 Jan. - Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan melepaskan semua jawatannya dalam parti itu berkuat kuasa hari ini. Bekas Naib Presiden PKR itu berkata, ketika menyertai parti pada 1999, beliau percaya ia mampu membawa perubahan kepada rakyat atas semangat reformasi yang diperjuangkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, katanya, selepas hampir 12 tahun bersama PKR, beliau mendapati parti semakin rosak malah tersasar jauh daripada asas perjuangannya kerana dikuasai pemimpin seperti Anwar dan Timbalan Presiden, Azmin Ali yang hanya berjuang atas kepentingan diri sendiri.

Katanya, selain Anwar, Azmin ialah individu yang membawa pelbagai kerosakan dan perpecahan dalam parti sehingga tidak lagi dilihat boleh membawa perubahan kepada rakyat. "Terlalu banyak petunjuk termasuk dalam pemilihan parti baru-baru ini yang menunjukkan betapa PKR dirosakkan oleh Azmin. Berkali-kali saya bawa perkara ini kepada Anwar supaya semua kerosakan ini dibaiki tetapi nampaknya dia tidak boleh buat keputusan.

"Nampaknya Azmin yang lebih berkuasa. Kalau Anwar sendiri tidak boleh beri keadilan kepada ahli-ahlinya sendiri bagaimana dia mahu memberi keadilan kepada rakyat? Saya sudah tidak boleh bekerja dengan orang ini," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Gobalakrishnan sebelum ini lantang mengkritik kepimpinan PKR terutama melalui laman sosial Twitter miliknya termasuk mendakwa Anwar dan Azmin sebagai pemimpin tidak demokratik selain terlibat dalam rasuah. PKR awal bulan lalu juga mengemukakan surat tunjuk sebab atas tindakan Gobalakrishnan mengkritik kepimpinan tertinggi parti.

Gobalakrishnan yang juga bekas Setiausaha Pemuda MIC berkata, beliau selepas ini akan bergerak sebagai Ahli Parlimen Bebas sambil menegaskan tidak memihak atau menyertai mana-mana parti dalam Barisan Nasional (BN). Menurutnya, beliau dan beberapa rakannya akan menggerakkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baru yang bermatlamat membantu masyarakat India khususnya di sekitar kawasan Padang Serai.

Beliau turut menyatakan hasrat untuk bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Padang Serai pada pilihan raya umum akan datang dan bersedia berdepan mana-mana calon sama ada daripada BN atau pakatan pembangkang.

Ditanya sama ada beliau sudah menghantar surat peletakan jawatannya secara rasmi kepada parti, Gobalakrishnan berkata: "Sidang akhbar ini bagi saya sudah cukup rasmi, mereka akan tahu juga." Menjawab pertanyaan mengenai kemungkinan wujud persepsi bahawa beliau 'dibeli' untuk meletak jawatan dan menyertai BN, bekas Ketua Cabang PKR Padang Serai itu menegaskan ia tidak berlaku.

"Tidak, tetapi anda (pemberita) boleh tanya Anwar sama ada Gobalakrishnan orang yang boleh 'dibeli' atau tidak," katanya. Gobalakrishnan juga memberitahu, beliau tidak akan menghantar sebarang permohonan rasmi berhubung kedudukan kerusinya dalam Dewan Rakyat.

"Saya lebih selesa duduk di kerusi yang ada sekarang. Ia dekat dengan tempat Anwar duduk, biarlah saya di situ supaya mudah saya bertanya soalan kepadanya di dalam Dewan kelak," katanya.

Mengulas lanjut, Gobalakrishan berkata, beliau meninggalkan MIC dan menyertai PKR pada 1999 kerana dijemput oleh Anwar kononnya untuk membantu masyarakat India tetapi ia sekadar perjuangan untuk kepentingan dirinya sendiri. Sebaliknya, kata beliau, gaya kepimpinan Anwar menyebabkan masyarakat India kini berpecah-belah dan perkara sama dilakukan terhadap penduduk bumiputera di Sabah dan Sarawak.

"Anwar melakukan pendekatan 'pecah dan perintah' dan kita boleh lihat bagaimana kepimpinan masyarakat Kadazan di Sabah dan Dayak di Sarawak berpecah-belah akibat pemilihan yang tidak demokratik. "PKR sebenarnya ada peluang di Sabah tetapi peluang itu dirosakkan kerana Anwar mahu meletakkan orang Azmin di sana dan ini tidak membawa kebaikan kepada parti," jelasnya.



.