Comment:
It reminds me of my neighbour (neighbouring areas), there is this guy, who only has a diploma and possibly also a Bachelor, who starts from a small position in the government. He told me he wants to build a big house, and own a few luxury cars (not just one car), but the thing is, his salary is only meagre as a government servant. So he starts to indulge in corruption (abuse of power, position and taking bribes).
Once the bribes taking starts, it cannot stop, its like a cancer cell, it starts to roll and roll, its also like an addiction, once you get the 'joy'.. it would be difficult to stop. There is no issue of feeling sorry for anyone, just to satisfy one's greed. Sometimes, even asking for a ridiculously large sum of money from unknown strangers, thats where the hole (danger) gets bigger... then oneday he fell into it (get caught by the authority)... and he spent the rest of his life wandering IF only he could SAVE his meagre salary and avoid corruption.
I believe that the guy should get caught earlier, rather then when he is older (in his 50s or 60s)... to STOP him from victimizing others... It also means that the authority overlook the case earlier.
Bekas penolong pegawai daerah sabit rasuah
BUTTERWORTH 14 Feb. - Bekas Penolong Pegawai Daerah Seberang Perai Utara, Mohd. Jamil Mohd. Noor dihukum penjara enam tahun dan denda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah meminta suapan RM60,000 daripada seorang peguam, lima tahun lalu.
Hakim Ikmal Hishan Mohd. Tajuddin turut memerintahkan Mohd. Jamil, 58, dipenjara empat bulan lagi sekiranya gagal membayar denda tersebut. Mengikut pertuduhan, Mohd. Jamil didakwa meminta wang suapan RM60,000 daripada Arizal Mohd. Arshad untuk menaikkan nilai pampasan pengambilan balik sebahagian tanah Lot. 3482 GM2058, Mukim 5, SPU bagi meluaskan kawasan meletak kenderaan di Pasar Awam, Kepala Batas.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 11 malam, 27 Januari 2006 di Restoran Nasi Kandar An Nur, Kepala Batas. Mohd. Jamil didakwa mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun atau denda RM300,000 atau lima kali nilai suapan.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia , Janariah Abdul Mutalib manakala tertuduh diwakili peguam, Rosli Ismail. Terdahulu, Rosli memohon mahkamah menimbangkan faktor kepentingan peribadi Mohd. Jamil yang berkhidmat sebagai pegawai kerajaan selain kehilangan manfaat termasuk pencen ekoran sabitan ke atasnya.
"Mahkamah juga perlu mengambil kira fakta bahawa anak guam saya tidak menerima sebarang manfaat walaupun sesen dalam kes tersebut," katanya. Janariah bagaimanapun berkata, mahkamah perlu menjatuhkan hukuman setimpal kerana rasuah merupakan jenayah serius dan perbuatan tertuduh menjejaskan imej jabatan kerajaan.
Mahkamah juga katanya, perlu memberi mesej yang jelas melalui hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada masyarakat selain usaha menyokong agenda kerajaan memerangi kegiatan rasuah. "Walaupun tertuduh tidak menerima sebarang manfaat, tetapi meminta suapan adalah sebahagian daripada kesalahan rasuah. "Malah, tertuduh meminta suapan daripada seorang peguam yang membuktikan tahap profesionalisme yang tinggi dengan menolak untuk bersubahat," jelasnya.
.