Comment:
The 4000 cases below are those that are being reported to the authorities, it should be estimated that another 4000 to 8000 more cases are NOT reported to the authorities. Henceforth, making the TOTAL number standing at around 8000-12,000 cases per YEAR.... That is a worrying number ?!
The ministry concerned SHOULD take the matter of child abuse cases more seriously, by convicting the abusers in the court of laws, and come out with prudent policies/laws to help reduced the number of child abuse cases, and setup MORE protection centers for the children concerned.
----------------------------------------------------------------------------------------
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130811/dn_21/4000-kanak-kanak-didera-tahun-lepas---Menteri (11 Aug 2013)
4,000 kanak-kanak didera tahun lepas - Menteri
KUALA LUMPUR 11 Ogos - Kes penderaan kanak-kanak di negara ini menunjukkan peningkatan dengan 3,831 dilapor menjadi mangsa tahun lepas, bertambah 403 orang berbanding tahun sebelumnya.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, statistik itu adalah berdasarkan laporan yang diterima oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini pula, sebanyak 1,023 orang mangsa dilaporkan dan 669 daripada mereka adalah perempuan," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Menurut Rohani, antara kes yang sering diterima pihaknya membabitkan penderaan fizikal, emosi, seksual termasuk kes kanak-kanak dibuang. Bagi menangani masalah ini, kementerian melaksanakan pelbagai langkah jangka pendek dan panjang, katanya.
"Antara langkah jangka pendek ialah menempatkan kanak-kanak yang didera di rumah perlindungan kanak-kanak atau di bawah jagaan seseorang yang layak dan sesuai selama tempoh dinyatakan oleh mahkamah dengan pengawasan seorang pelindung, iaitu pegawai kebajikan masyarakat," katanya.
Untuk langkah jangka panjang pula, JKM menjalinkan kerjasama dengan pelbagai agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran selain menggalakkan penyertaan komuniti dalam usaha menangani dan mencegah masalah ini.
Mengenai faktor penderaan kanak-kanak, beliau berkata, terdapat banyak faktor namun semuanya bermula daripada ibu bapa sendiri yang antaranya mungkin mengalami tekanan seperti tekanan di tempat kerja, masalah kewangan serta sebagainya dan mereka melepaskan tekanan kepada anak-anak.
Justeru, ibu bapa yang mempunyai masalah disaran berjumpa dengan pakar motivasi atau JKM sendiri untuk diberi bimbingan dan kaunseling, katanya. Individu yang didapati melakukan penderaan boleh didakwa mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak (AKK) iaitu kesalahan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak yang membawa hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya, kata beliau. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130811/dn_21/4000-kanak-kanak-didera-tahun-lepas---Menteri#ixzz2bfkLGENB