Komen:
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, kerana memandu secara melulu, atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian.
Kalau polis memandu secara merbahaya dan/atau melulu, sehingga menyebabkan kematian orang awam, macam mana? Boleh dimaafkan?
Atau mereka berada diatas undang-undang, dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang negara?!
* Nota: Hari tu rakan saya ada memohon masuk polis, pakai SPM & Diploma, bila sudah dapat jawatan tersebut, dia semacam kebal sekarang. Tidak boleh ditegur dan dgn senang dapat elak dikenakan tindakan undang-undang. Jangan sampai macam tu ?!
---------------------------------------------------------------------------------------------
http://my.news.yahoo.com/anggota-tentera-maut-motosikal-berlanggar-kereta-peronda-polis-080410259.html (5 August 2013)
Anggota tentera maut motosikal berlanggar kereta peronda polis
Bernama MediaSANDAKAN, 4 Ogos (Bernama) -- Seorang anggota tentera maut apabila motosikalnya berlanggar dengan kereta peronda polis di Batu 7, Jalan Kem Tentera dekat sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Rowell Marong berkata mangsa dikenali sebagai Muhammad Fahruruzi Sidin, 25, dari Batalion Ke-22 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Sri Kinabatangan di sini.
"Siasatan awal mendapati nahas itu berlaku kira-kira pukul 9.10 malam ketika kereta peronda berkenaan dalam perjalanan dari Kampung Sungai Kayu ke Taman Airport untuk membuat rondaan cegah jenayah.
"Apabila tiba di tempat kejadian, kereta peronda itu telah masuk ke simpang sebelah kanan lalu berlanggar dengan motosikal mangsa yang datang dari arah Taman Fajar.
"Akibat kejadian itu, mangsa yang mengalami cedera parah dihantar ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan meninggal dunia ketika menjalani rawatan pada pukul 10 malam," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian.
Rowell berkata saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp Wan Hazizie ditalian 089-242222 sambungan 254.
-- BERNAMA
PPAG HG HM