Source:
845 pemegang
kad kredit muflis
Timbalan Menteri Kewangan,
Datuk Lee Chee Leong berkata, kebanyakan mereka yang muflis itu terdiri
daripada golongan berumur melebihi 30 tahun.
“Secara puratanya, 43.6 peratus daripada pemegang kad kredit menyelesaikan hutang kad kredit mereka dengan sepenuhnya sepanjang tempoh Januari hingga Jun 2017.
“Secara puratanya, 43.6 peratus daripada pemegang kad kredit menyelesaikan hutang kad kredit mereka dengan sepenuhnya sepanjang tempoh Januari hingga Jun 2017.
“43.6 peratus lagi
membayar sekurang-kurangnya lima peratus daripada jumlah baki yang belum jelas
dalam tempoh yang sama.
“Selebihnya iaitu
12.8 peratus adalah pemegang kad yang tidak membayar baki belum jelas
sekurang-kurangnya bayaran minima sebelum atau pada tempoh akhir bayaran,”
katanya menjawab soalan Senator Datuk Jaspal Singh dalam
sidang Dewan Negara hari ini.
Menurut beliau, jumlah
pemegang kad kredit utama di negara ini adalah sebanyak 3.6 juta orang bagi
tempoh sehingga akhir Jun tahun ini.