Senarai yang dikeluarkan majalah Forbes itu juga dibuat bedasarkan beberapa kejayaan Shah Rukh Khan menerusi filem pecah panggung lakonanya seperti Fan, Dear Zindagi, Raees dan Jab Harry Met Sejal.

Mengikut perkiraan Forbes, pelakon itu menerima kira-kira RM163 juta sepanjang 1 Jun 2016 sehingga 1 Jun 2017.

Bagi kedudukan dunia pula Shah Rukh Khan menduduki tempat kelapan, manakala pelakon Hollywood Mark Wahlberg merupakan pelakon paling mahal di dunia dengan bayaran RM300 juta.

Senarai 20 pelakon yang menerima bayaran tertinggi di dunia ini dibuat berdasarkan maklumat yang dikumpul melalui Nielsen, ComScore, Box Office Mojo dan IMDB. 


Pada tahun ini tiga pelakon Bollywood berjaya mengatasi nama-nama seperti Chris Hemsworth, Tom Hanks, Samuel L Jackson Ryan Gosling dan Ryan Reynolds sebagai penerima bayaran paling tinggi di dunia.- UTUSAN ONLINE