Rusia hasil peluru berpandu supersonik
MOSCOW 19 Nov. - Rusia dilapor menghasilkan peluru berpandu supersonik memiliki kelajuan luar biasa yang mampu sampai ke United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) masing-masing dalam masa 13 dan 12 minit.
Mail Online melaporkan, peluru berpandu yang dikenali sebagai Object 4202 itu telah diuji di tapak pelancaran senjata nuklear di Yasny.
Difahamkan, misil berkenaan mampu memecut pada kelajuan 6,437 kilometer/sejam dan mencapai jarak beribu-ribu kilometer ke Semenanjung Kamchatka, timur laut Rusia sebaik-baik sahaja dilancarkan.
Kemampuan peluru berpandu tersebut dianggap satu kejayaan oleh pihak berkuasa Rusia.
Kehebatan peluru berpandu itu membolehkannya menduduki carta teratas sebagai peluru berpandu nuklear terbesar yang pernah dimiliki Rusia setakat ini.
Negara kuasa besar ini turut melancarkan peluru berpandu RS-28 Sarmat bulan lalu yang memiliki kelajuan kira-kira tujuh kilometer per saat bagi mengakses sistem perisai antipeluru berpandu.
Peluru berpandu itu juga boleh membawa kepala peledak hingga seberat 40 megaton atau 2,000 kali lebih berkuasa daripada bom atom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki.
Selain itu, Presiden Rusia, Vladimir Putin dilaporkan sedang merancang untuk menggantikan peluru berpandu R-36 dengan misil baharu berikutan ketegangan yang timbul dengan negara-negara Barat sebelum ini.
Putin bagaimanapun dikatakan mempunyai hubungan baik dengan bakal Presiden AS, Donald Trump dan bersedia untuk menjalin kerjasama dalam beberapa isu termasuk usaha membanteras kegiatan pengganas, krisis di Syria serta pergolakan di Ukraine.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RUSSIA ZIRCON HYPER-SONIC MISSILE
SPEED : 8575 KM/H
.
Source: https://www.youtube.com/watch?v=e_En6HrUJSA