Source: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kpwkm-sedia-bekerjasama-kaji-isu-perceraian-149893
KPWKM sedia bekerjasama kaji isu perceraian
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedia bekerjasama dengan mana-mana agensi untuk membuat kajian bagi mengenal pasti masalah perceraian yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata adalah tidak wajar bagi menyalahkan sesuatu pihak atau golongan tertentu yang menyebabkan berlakunya perceraian tanpa mengetahui punca sebenar.
"Saya tidak boleh mengiakan atau menidakkan perkara ini sebab ia adalah kenyataan umum...kita perlu kaji dahulu, betul atau tidak dakwaan itu? Kalau betul ia di bawah Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), mungkin kita boleh bekerjasama dengan Cuepacs untuk buat kajian," katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian anugerah kepada beberapa syarikat, sempena Anugerah CSR Malaysia 2017 di sini, pada Khamis.
Sehubungan itu, tambah beliau, LPPKN iaitu agensi di bawah kementeriannya turut menganjurkan banyak program berunsurkan kekeluargaan dan rumahtangga seperti 2nd Honeymoon, Smart Start dan Therapy, yang mana ia antara satu penyelesaian yang boleh menyelamatkan sesuatu institusi rumahtangga sebelum berlaku perceraian....... - BERNAMA
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Comments: Here is the reality :
1- Husband is not responsible enough, just know how to make love, watch TV football, etc. but dont know how to take care children, lepas tangan, tell wife to cook, wash clothes, take care of children, etc.
2- Wife behaves like princess, still want to be treated like when they were 'honeymoon' time, refused to cook proper meal for husband, always eat OUT, children send to nursery, and no time even to check children homeworks from school.
3- Sometimes both husband or wife still behaves like they were "single" before, they refused to accept the reality of "married life and the new responsibilities", the husband/or wife will say, "saya nak BEBAS lah", "Nak pergi jumpa kawan I..." MORE talks like this will end up in DIVORCE.
4- ONE last advice, marriage life is - "shared responsibility" okay - not put everything on the shoulder of one spouse !!