FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION


FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION

Freedom of speech is the freedom to speak without censorship and/or limitation. The synonymous term freedom of expression is sometimes used to indicate not only freedom of verbal speech but any act of seeking, receiving and imparting information or ideas, regardless of the medium used [United Nations, 1966, 1976]. The right to freedom of speech is recognized as a human right under Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights and recognized in international human rights law in the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR). The ICCPR recognizes the right to freedom of speech as "the right to hold opinions without interference. Everyone shall have the right to freedom of expression". Furthermore freedom of speech is recognized in European, inter-American and African regional human rights law [United Nations, 1966, 1967]. Freedom of speech, or the freedom of expression, is recognized in international and regional human rights law. The right is enshrined in Article 19 of the International Covenant on Civil and Political Rights, Article 10 of the European Convention on Human Rights, Article 13 of the American Convention on Human Rights and Article 9 of the African Charter on Human and Peoples' Rights [Andrew Puddephatt & Hodder Arnold, 2005; Kumar, Ambika, 2006].

In Islamic ethics freedom of speech was first declared in the Rashidun period by the caliph Umar in the 7th century. In the Abbasid Caliphate period, freedom of speech was also declared by al-Hashimi (a cousin of Caliph al-Ma'mun) in a letter to one of the religious opponents he was attempting to convert through reason.

According to George Makdisi and Hugh Goddard, "the idea of academic freedom" in universities was "modelled on Islamic custom" as practiced in the medieval Madrasah system from the 9th century. Islamic influence was "certainly discernible in the foundation of the first deliberately-planned university" in Europe [Boisard, Marcel A., 1980].

* Selected REFERENCES / Sources:


Amnesty International: Annual Reports: URLhttp://www.amnesty.org/ailib/aireport/index.html Andrew Puddephatt & Hodder Arnold. (2005). Freedom of Expression: The Essentials of Human Rights. United Publishers. Boisard, Marcel A. (July 1980), "On the Probable Influence of Islam on Western Public and International Law", International Journal of Middle East Studies 11 (4): 429–50. Goddard, Hugh. (2000). A History of Christian-Muslim Relations. Edinburgh: Edinburgh University Press. Kumar, Ambika. (2006). ‘Using Courts to Enforce the Free Speech Provisions of the International Covenant on Civil and Political Rights.’ Published by Chicago Journal of International Law. Summer 2006. URLhttp://www.allbusiness.com/corporate-governance/4082846-1.html United Nations: ‘International Covenant on Civil and Political Rights.’ Adopted and opened for signature, ratification and accession by General Assembly resolution 2200A (XXI) of 16th December 1966: Entry into force 23 March 1976, in accordance with Article 49. URLhttp://www2.ohchr.org/english/law/ccpr.htm (United Nations) Wikipedia. (2010). ‘Freedom of Speech.’ Wikimedia Foundation, Inc. URLhttp://en.wikipedia.org/wiki/Freedom_of_expression

.

08 December 2013

Hundreds of millions (of Ringgit) Swindled from banks in past 5 years, mostly by Staff !


Source:
http://my.news.yahoo.com/hundreds-millions-swindled-banks-past-5-years-mostly-155349378.html

Hundreds of millions swindled from banks in past 5 years, mostly by staff, say police - Bernama





Fraud by bank employees is getting more serious as losses incurred by banks due to money swindled by staff has increased to RM473.82 million over the last five years.
Bukit Aman Commercial Crimes Department's Head of Unit for Banking and Financial Crimes Supt Harjinder Kaur Gurdial Singh said overall the banks suffered losses amounting to RM789,106,376 for various types of fraud during the period.
In 2008, it was RM10.1 million, RM27.1 million (2009), RM85.4 million (2010), RM84.5 million (2011), RM191.8 million (2012) and RM390 million (up to November 2013), she told reporters during a special interview on commercial crime in Kuala Lumpur today.
She said among fraud cases involving bank employees were withdrawing money from accounts that have been inactive for more than three years and not crediting cash deposits into customers' accounts.
Bank branch managers were also found abusing overdraft facilities by abusing accounts of customers.
"Our investigation found 60% of the bank fraud was committed by their own employees, 30% by the management while 10% were by the account holders themselves," she said.
Apart from cases of fraud involving bank employees, other fraud involved criminal breach of trust (CBT), document forging, misappropriation of properties and attempts to cheat through banks said Harjinder Kaur.
"What is more shocking is that 60% of bank fraud was committed by women compared with only 40% by men, while 70% of the victims in these fraud cases were men," she said.
She also said bank officers and employees were advised to comply with standard operating procedures (SOP) when processing loan applications from customers.
"Members of the public are advised to be cautious with their security details and personal documents which could be abused by third parties," she said. - Bernama, December 6, 2013.
-------------------------------------------------

Comment:  How about ALL the cents, that some bank staff took from account holders, cents seem like a small issue, but when you multiple them by a million times, you end up filthy rich !!  Bank top management needs to check on that too ! And Bank Negara needs to check on commercial banks CEO ! 


05 December 2013



Comment:  One will be fuking mad and angry IF the FBI or CIA put one's name on their list, just because he/she is a Muslim. And one will be 10 times mad IF one's name was put there by mistakes !! Such ignorant and arrogant organizations (i.e. FBI/CIA).

I remember, a few years back, a professor from UTM, Malaysia was also accused of being a terrorist, but later discovered that the FBI/CIA made a mistake. What a SHAME !!

Will the USA law makers/senators/legislators...  Please 'check' what the FBI and CIA are doing !! Please !!

-----------------------------------------------------------------------------------------

http://my.news.yahoo.com/profesor-didakwa-pengganas-cabar-amerika-syarikat-di-mahkamah-012111380.html

Profesor didakwa pengganas cabar Amerika Syarikat di mahkamah





Profesor Rahinah Ibrahim (gambar) akhirnya berjaya mencabar tindakan Amerika Syarikat (AS) yang memasukkan namanya sebagai pengganas dalam pengkalan data rahsia mereka di mahkamah San Francisco semalam.

Profesor didakwa pengganas cabar Amerika Syarikat di mahkamah

Rahinah, dekan fakulti rekabentuk dan arkitek, berjuang selama lapan tahun dalam sistem keadilan Amerika bagi membuang namanya dalam pengkalan data itu selepas ditahan di lapangan terbang San Francisco 2005 lalu ketika dalam perjalanannya dari Malaysia dan singgah di Hawaii.
Menurut laporan Associated Press (AP) yang memetik kenyataan peguam Rahinah, Elizabeth Pipkin, adalah hampir mustahil untuk membuang sebarang nama yang dimasukkan ke dalam data itu. Peguam berkata demikian dalam kenyataan pembukaan dalam perbicaraan di San Francisco.
Rahinah memberitahu AP, namanya tersilap dimasukkan ke dalam pangkalan data itu kerana beliau berasal dari Malaysia dan beragama Islam.
Wanita berusia 48 tahun itu menafikan sebarang kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas ketika disoal siasat oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada 2004.
Sejak penahanannya pada 2005, beliau disekat daripada memasuki AS, lapor AP berdasarkan laporan akhbar Amerika, San Jose Mercury News.
AP juga melaporkan, beliau dilarang memasuki AS walaupun untuk membuat kenyataan dalam perbicaraannya.
AP melaporkan bahawa saman Rahinah itu menghadapi kesukaran kerana keistimewaan maklumat rahsia kerajaan AS yang membolehkan ia menolak penzahiran sebarang keterangan penting jika ia dianggap boleh memberi ancaman kepada keselamatan negara boleh ditunjukkan oleh pendakwa raya.
Pipkin juga dihalang oleh peruntukan keselamatan negara AS dan perintah mahkamah daripada meneroka terlalu mendalam senarai mereka yang disyaki pengganas atau golongan yang bersimpati dengan mereka.
AP melaporkan bahawa Hakim daerah AS,William Alsup juga mengarahkan  supaya tiga slaid yang mengandungi maklumat rahsia dibincangkan secara tertutup.
Pendakwa juga membuat bantahan berterusan apabila Pipkin menyebut status larangan terbang Rahinah dan bagaimana namanya muncul di pangkalan data.
Pendakwa persekutuan Lily Farel dilaporkan memberitahu hakim bahawa kepentingan keselamatan negara menghalang kerajaan AS melayan tuntutan Rahinah.
AP melaporkan Pipkin sebagai berkata, tidak jelas bagaimana seseorang boleh dimasukkan dalam senarai larangan terbang di Amerika Syarikat.
Sebelum penahanannya pada 2005, Rahinah mengembara secara berkala ke sana, sehingga dia menganggap AS adalah rumah keduanya.
Beliau juga bertemu suaminya di AS dan melangsungkan perkahwinan di Seattle pada 1986. - 4 Disember 2013


02 December 2013

Anwar, Azmin sifatkan kenaikan gaji ADUN, Exco terlalu tinggi !!



KOMEN:  Gaji terlalu TINGGI lah brothers... Yang paling happy, sudah pasti Hannah Yeoh lah... Apa tugas dia di DUN, hanya Speaker, yang control volume ahli-ahli dalam dewan saja... Tugas macam itu BERAT sangat ke ?!

Note:  Hannah Yeoh will see a 268% allowance increase from RM6,109.29 to RM22,500     


Antara kenaikan yang dipertikaikan adalah gaji Speaker dan Timbalan Speaker masing-masing menyaksikan kenaikan antara 268 dan 373 peratus... Minggu lalu, Abdul Khalid mengumumkan kenaikan gaji Menteri Besar daripada RM14,175.15 dinaikkan kepada RM29,250, EXCO RM6,109.20 kepada RM20,250, Speaker RM6,109.29 kepada RM22,500, Timbalan Speaker RM3,327.50 kepada RM15,750 dan ADUN RM6,000 kepada RM11,250.
Source:  http://dun.selangor.gov.my/v2/speaker
---------------------------------------------------------------------------------------

http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131129/po_02/Anwar-Azmin-sifatkan-kenaikan-gaji-ADUN-Exco-terlalu-tinggi

Anwar, Azmin sifatkan kenaikan gaji ADUN, Exco terlalu tinggi


Anwar Ibrahim, Azmin Ali


KUALA LUMPUR 28 Nov. - Penasihat Ekonomi kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kadar kenaikan gaji kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor termasuk Menteri Besar, Speaker dan Timbalan Speaker DUN serta Exco kerajaan negeri sebagai terlalu tinggi.
Sehubungan itu, beliau yang juga Penasihat PKR meminta Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya mengkaji semula kadar kenaikan itu yang meningkat antara 87.5 dan 373.3 peratus.

Menurut Anwar, Abdul Khalid sudah menjelaskan alasan mengenai kadar kenaikan itu kepadanya dan kini giliran rakyat pula mendapat penjelasan daripada beliau sendiri menerusi media. “Saya tidak merasakan kita boleh menggunakan alasan kadar kenaikan gaji di Sarawak. Dalam parlimen walaupun ada usul kenaikan gaji sebelum ini, kita setuju sebab sudah begitu lama tidak dinaikkan.

“Pada saya kenaikan itu wajar tetapi apa yang berlaku, adalah terlalu tinggi dan tidak seperti yang diuar-uarkan sebelum ini. Kita setuju (kenaikan) sebab sudah begitu lama tidak dinaikkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Beliau mengulas tindakan DUN Selangor semalam yang meluluskan kenaikan gaji kesemua ADUN berkuat kuasa tahun hadapan dengan Timbalan Speaker menerima kenaikan tertinggi iaitu sebanyak 373.3 peratus.
Selain disebabkan bebanan tugas yang dipikul wakil rakyat, antara alasan yang dikemukakan Abdul Khalid mengenai kadar kenaikan itu adalah berdasarkan formula 75 peratus daripada gaji dan elaun yang diterima wakil rakyat Sarawak.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor, Mohamed Azmin Ali meminta supaya kerajaan Selangor menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji tersebut agar penilaian semula dengan kadar berpatutan dapat dilakukan.

Sambil menyifatkan kadar kenaikan itu juga sebagai terlalu tinggi, beliau yang juga Timbalan Presiden PKR menafikan kadar kenaikan mendadak itu berpunca daripada desakan pihaknya.

“Kami langsung tidak menyebut tentang kenaikan gaji ADUN atau Exco Selangor dalam memorandum BBC Selangor yang dihantar kepada kerajaan negeri. Apa yang kami sentuh hanya mengenai soal pembangunan, pendidikan, belia dan sebagainya.

“Malah kerajaan negeri langsung tidak berbincang dengan BBC Selangor serta pihak-pihak berkepentingan mengenai perkara ini. Dalam masa tidak sampai seminggu selepas mereka kata nak kaji kadar kenaikan ini, tiba-tiba semalam mereka dah mengumumkannya," kata beliau.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131129/po_01/Gaji-Keterlaluan-tidak-setimpal

Gaji: Keterlaluan, tidak setimpal


Hamidzun Khairuddin

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Kenaikan gaji Menteri Besar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor disifatkan sebagai keterlaluan dan tidak setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan.

Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, pertambahan sebanyak 87 peratus hingga 373.3 peratus dilihat tidak munasabah bagi negeri yang masih mempunyai masalah dari segi infrastruktur.

"Peruntukan kewangan sepatutnya dilebihkan untuk menangani masalah-masalah yang dihadapi rakyat seperti perkhidmatan air yang tidak memuaskan, keadaan longkang tersumbat, jalan raya berlubang dan sungai terbiar.

"Kenaikan gaji tidak salah, malah menjadi keperluan. Namun biarlah dilakukan secara berhemah. Janganlah keterlaluan dalam perbelanjaan saraan ADUN tanpa mengambil kira kepentingan rakyat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 ADUN, berkuat kuasa 1 Januari depan, dengan Timbalan Speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi iaitu 373.3 peratus.

Rang Undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji Menteri Besar Selangor, Speaker DUN dan barisan Exco kerajaan negeri.
Tambah Hamidzun, kerajaan negeri seolah-olah mengambil kesempatan terhadap kewangan yang diperoleh daripada hasil cukai yang dipungut daripada rakyat.

"Lihat sahaja dari segi pungutan cukai, lewat membayar cukai pintu, dikenakan denda sehingga RM200, lambat melunaskan cukai tanah, dikenakan denda RM100.

"Seolah-olah pihak kerajaan negeri mengambil kesempatan terhadap wang yang diperoleh daripada hasil tekanan yang dikenakan terhadap pembayar cukai," katanya. Beliau berkata, sidang tersebut sepatutnya mengusulkan sekali kenaikan gaji kakitangan kerajaan negeri itu memandangkan mereka turut bekerja bersama pemimpin-pemimpin tersebut dalam mentadbir Selangor.

"Kenaikan kakitangan kerajaan negeri perlu setimpal dengan kenaikan gaji ADUN, sekurang-kurangnya 50 peratus atau 89 peratus," katanya.

Sementara itu, Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Prof. Datuk Seri Saharuddin Awang Yahya merasakan kenaikan gaji Menteri Besar Selangor dan ADUN berkenaan terlalu tinggi.

"Kerajaan negeri dilihat seolah-olah cuba membolot hasil negeri dan lebih mengutamakan gaji mereka daripada kebajikan rakyat. "Sepatutnya peruntukan kewangan Selangor dilebihkan untuk kegunaan kebajikan rakyat dan usaha pembangunan infrastruktur negeri itu," katanya.

Jelasnya, banyak lagi program dan kegunaan lain yang lebih penting untuk dibiayai daripada menumpukan kenaikan wakil rakyat yang belum menunjukkan prestasi pentadbiran memuaskan.






28 November 2013

Big Salaries for Menteri Besar & EXCO !!


http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/11/28/Big-pay-hike-for-Sgor-exco-Khalid-and-team-see-salary-increase-of-between-87-and-373.aspx

Published: Thursday November 28, 2013 MYT 12:00:00 AM
Updated: Thursday November 28, 2013 MYT 8:50:13 AM

Big pay hike for Selangor exco



SHAH ALAM: The salaries of the Mentri Besar, executive councillors, Speaker, deputy Speaker and assemblymen of Selangor will be increased by up to nearly 400% next year.
Increases ranging from 87% to 373% were passed at the state legislative assembly following approval by the executive council on Nov 22.
Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim told the house that the increases were timely as the last salary hike was in 2005.
“The decision to raise the salaries is due to the burden of increased duties and responsibilities,” Khalid told the house yesterday.
He added that the efficiency of the state’s executive and legislature as well as Selangor’s healthy coffers was also a factor for the raise.
“And, of course, it is also because of the continued requests made by the assemblymen,” Khalid said.
Under the new salary structure, the pay of assemblymen will be upped 87% from RM6,000 to RM11,250 a month, the Speaker from RM6,109.29 to RM22,500 (268%), and the deputy Speaker from RM3,327.50 to RM15,750 (373%).
The salary of exco members will go up 231% from RM6,109.29 to RM20,250 while the Mentri Besar will have a pay rise of 106.4% from RM14,175 to RM29,250.
The Speaker is Hannah Yeoh while her deputy is Nik Nazmi Nik Ahmad.
Opposition leader Datuk Sham-sudin Lias welcomed the increases.
“The increases are timely and in tandem with the high cost of living. They will also allow us assemblymen to intensify our services to our constituents,” he said, adding that the remuneration for assemblymen had not increased for a long time.
Khalid also announced an additional half-month bonus for the Selangor government’s 15,643 employees, which will be paid in mid-January in an exercise costing the state RM14.821mil.
Khalid said the bonus payment was made due to Selangor’s healthy coffers as well as a mark of appreciation to the employees.
“I thank and congratulate the employees who work very hard for Selangor,” Khalid said, adding that the state’s earnings to date was RM1.89bil, which was 16% higher than the projected RM1.63 bil.
The state had also paid one month’s bonus to all its employees during Hari Raya Aidilfitri.





Majlis Perkahwinan Rozita & Zain !!


KOMEN:

Artis-artis masa nak berkahwin, berbelanja besar, habis berjuta-juta, tetapi masa nak cerai, pakai SMS saja?? Di mana nak letak malu ?!  Cuba muhasabah dan taubat sikit.  


----------------------------------------------------------------------------------------------


Sumber:
http://my.entertainment.yahoo.com/news/rozita-zain-dapat-tajaan-rm13-juta-040800976.html


Rozita, Zain dapat tajaan RM13 juta



26 Nov – Dasyat apabila majlis perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin disifatkan sebagai perkahwinan termahal selebriti 2013 apabila telah mendapat tajaan perkahwinan sebanyak RM13 juta.
Menurut Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta ,40, dia mengganggap segala tajaan untuk hari bahagia itu nanti adalah sebagai rezeki perkahwinan buatnya dan bakal suami Zain Saidin, 29.
"Pada asalnya kami merancang untuk mengadakan sebuah majlis yang sederhana, tetapi apabila ditaja, lain pula jadinya," Katanya kepada Harian Metro.
Jelas Che Ta lagi, dia tidak mahu ramai pihak salah pihak yang mana segala urusan penajaan bukanlah diminta olehnya tetapi penaja terbabit yang mencarinya dan menawarkan kesudian untuk menaja.
"Jangan salah faham pula. Bukan saya yang cari penaja. Mereka yang cari dan kami bersyukur untuk itu."
Antara penaja terbesar perkahwinan pasangan ini ialah barang kemas Habib Jewels iaitu sebanyak RM10 juta selain 27 penaja lain seperti Bianco Mimosa, Man Kajang, Fairuz Ramdan, Safi Rania, Annas Eskay, Ikram Photograpy, Manggis Production, Kad Lestari dan Seri Catering.
Sementara itu, pasangan ini menafikan dakwaan yang mengatakan mereka telah berhutang dengan pihak bank yang mana sebaliknya segala persiapan barang hantaran seperti cincin nikah dan kahwin adalah hasil duit mereka sendiri.
Rozita bakal menerima wang hantaran daripada Zain bernilai RM23 ribu yang merupakan simbolik kepada tarikh lahir Zain selain mas kahwin sebanyak RM9,300 yang turut sempena tarikh lahir Che Ta berserta sebentuk cincin kahwin dianggar RM93 ribu.
Pasangan ini akan bernikah 11 Disember depan di Gazebo Setia City Convention Centre selepas solat maghrib dan akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria saluran 104 bagi majlis akad nikah dan persandingan nanti.
Pasangan ini yang seperti pinang dibelah dua ini juga sudah berkira-kira untuk bercuti selama 19 hari selepas majlis persandingan dan memilih mengelilingi Eropah seperti Rom, Milan, Venice, Frankfurt, Amsterdam untuk menikmati saat bulan madu.

25 November 2013

Rakyat Kena Bayar Cukai ?!

Komen:  ALAMAK… Adakah ini bermaksud kerajaan UMNO sudah kehabisan wang, angkara berbelanja besar dan mewah, kini mereka kejar pula rakyat biasa yang hidup miskin dan sederhana, yang berbelanja sederhana dan berhemah, supaya golongam miskin ini juga tidak terlepas daripada menyumbangkan wang kepada kerajaan (walaupun, golongan miskin ini berhak dan terlepas daripada membayar cukai, mengikut undang-undang Malaysia?!).  

-----------------------------------------------------------------------------------------------    

Pengkhianat negara

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib
Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan rakyat yang mengelak membayar cukai walaupun layak berbuat demikian boleh dianggap sebagai pengkhianat negara.
Ini kerana, katanya, membayar cukai juga termasuk dalam satu dasar dan prinsip patriotsme sama seperti mereka yang berjuang menjaga keamanan dan menegakkan kedaulatan negara. 
“Dengan membayar cukai, rakyat membantu negara meneruskan kelangsungan pembangunan ekonomi bagi mengukuhkan negara. Apabila kita lunaskan tanggungjawab untuk negara, itu satu semangat patriotik.

[Komen: Kelangsungan pembangunan ekonomi negara, atau berbelanja mewah? Bila sudah kehabisan wang,rakyat pula dicari, dikorek, diugut, dsb. ?!].

“Bila bayar cukai kita tolong rakyat dan tolong negara, kita tanamkan semangat ini, dengan ini negara kita lebih berjaya,” katanya ketika berucap pada perasmian penutup Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (PENA) di Dewan Masjid Wilayah Persekutuan di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang juga Pengerusi Sekretariat PENA.

Seminar pertama daripada 15 siri itu membincangkan tiga perkara utama iaitu kebaikan sistem cukai GST, Bajet 2014 serta perbincangan berhubung Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.

Siri jelajah PENA diteruskan di peringkat negeri bagi membincangkan serta memberi penjelasan tiga perkara utama yang dijangka dilaksanakan sehingga Februari tahun depan.

Mengulas lebih lanjut mengenai isu GST, Najib berkata, dengan pelaksanaannya negara mempunyai sumber kewangan dan hasil lebih baik untuk memacu pembangunan negara.

Beliau berkata dalam menuju ke arah negara maju pada 2020, Malaysia perlu mempunyai sumber tambahan bagi menampung segala keperluan negara terutama dalam membangunkan kemudahan infrastruktur.

“Kalau kita lihat perjalanan negara kita, cuba kita bayangkan sejenak bagaimana hala tuju perkembangan negara kita, dalam keadaan sebuah negara yang mana kampung tradisional, bandar kecil bertukar wajah.

“Kita nak jalan raya baru, sekolah dan universiti baru dan ini memerlukan peruntukan yang lebih, jadi kita tidak boleh tidak ada hasil, kalau tidak siapa hendak bayar semua ini.

“Pilihannya dengan membuat pinjaman, tetapi kalau asyik pinjam apa akan jadi, tidak terbayar kita, rating negara kita menurun, kita akan muflis, semua rakyat susah, kita tidak boleh uruskan negara macam ini,” katanya.

[Komen:  Kerajaan UMNO saja yang muflis, rakyat ada pilihan untuk memilih parti lain untuk memimpin negara, itu realiti].

Mengenai Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, Najib berkata, pembangunan ekonomi Bumiputera bukan bersifat rasis, sebaliknya segala pelan agenda yang direncanakan untuk Bumiputera adalah agenda nasional.

Beliau menegaskan tidak wujud keadilan sosial jangka panjang jika kaum majoriti di negara ini termasuk golongan Bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak diberikan perkongsian kekayaan negara secara adil walaupun hak dan tuntutan kumpulan minoriti didengari.

“Kalau kelompok ini (Bumiputera) kelompok majoriti, tidak dapat perkongsian kekayaan negara secara adil dan saksama, bererti ini bukan keadilan sosial dan tidak menyumbang kepada kestabilan jangka panjang negara kita.

“Jangan sebut ‘affirmative action’ (layanan sama rata) pada golongan minoriti saja. Apa akan terjadi kepada negara ini jika golongan majoriti terbiar dan dipinggirkan,” katanya.





21 November 2013

Tun Daim gesa mansuh AP kereta 20 November 2013 !


http://www.sinarharian.com.my/nasional/daim-gesa-mansuh-ap-kereta-1.222781

Tun Daim gesa mansuh AP kereta







KUALA LUMPUR - Bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin mencadangkan kerajaan menimbang untuk memansuhkan Permit Import (AP), dasar yang diperlukan untuk mengimport kenderaan, bagi membantu mengurangkan kos memiliki kereta di Malaysia.


"Memansuhkan AP bermakna harga kereta yang lebih murah untuk rakyat," katanya di sini hari ini.


Daim berkata demikian sebagai mengulas kenyataan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd, Roland S Folger yang berkata langkah itu jika dilaksanakan akan menjadikan harga kereta lebih murah, dan  menggalakkan pengeluar kereta untuk meningkatkan pelaburan bagi mengeluarkan kereta yang lebih murah di pasaran tempatan.


"Bagi saya, ada satu cara kita dapat mengurangkan harga kereta. Ia merupakan penyelesaian yang mudah terhadap isu ini (iaitu) memansuhkan AP terbuka," kata Folger kepada akhbar The Sun baru-baru ini.


Daim berkata, kerajaan perlu mengambil langkah positif dalam Dasar Automotif Negara (NAP), yang akan disemak semula tidak lama lagi, supaya menimbang kepentingan segman penduduk yang lebih besar, dan bukannya beberapa orang terpilih sahaja.


Laporan menyebut bahawa terdapat 98 syarikat memegang AP terbuka bagi mengimport kereta ke dalam negara.


Penganalisis industri sering membincangkan kaedah untuk menjadikan industri automotif tempatan lebih berdaya saing, menggalakkan pelaburan yang lebih besar dan melabur semula, dan supaya kereta lebih mampu dimiliki dalam pasaran tempatan.


Folger juga menekankan hakikat bahawa pemansuhan AP terbuka tidak akan menjejaskan kutipan hasil kerajaan, malah dapat meningkatkan kutipan.


Penganalisis industri mengatakan bahawa kerajaan boleh menghapuskan barisan tambahan dalam perniagaan dan melepaskan kos penjimatan itu kepada rakyat memandangkan AP terbuka mengenakan beberapa ribu ringgit untuk setiap transaksi yang diproses.


Penjimatan kos boleh digunakan oleh kerajaan untuk merangsangkan lagi industri itu atau menyalurkannya untuk perbelanjaan yang lebih produktif, kata mereka.


Penganalisis terbabit mencadangkan kerajaan mengeluarkan tender AP Terbuka untuk mendapatkan lebih banyak hasil kerajaan yang seterusnya boleh mengurangkan cukai untuk pembeli kereta, dan sekali gus menjadikan harga kereta lebih murah.


AP Terbuka biasanya digunakan oleh pengimport yang sama untuk mengimport semula kereta mewah recond dan dijual pada harga yang lebih rendah berbanding kereta yang dipasang dalam negara.


Sebagai contoh semakan di Internet menunjukkan Mercedes-Benz E200 baharu dijual pada harga kira-kira 35,000 pound sterling (kira-kira RM179,000) di Britain berbanding RM366,000 untuk model yang sama yang dipasang di Malaysia.


Kereta Mercedes-Benz E200 terpakai di Britain akan menjadi kira-kira 10,000 pound lebih murah atau kira-kira RM51,000, bergantung kepada tahun pembuatan dan perbatuan.


Pengimport 'tidak rasmi' atau pemegang AP terbuka boleh mengambil kesempatan ke atas perbezaan harga yang lebih tinggi di Malaysia untuk menjual semula E200 recond daripada antara RM270,000 dan RM290,000 setiap satu, walaupun selepas membayar cukai.


Diskaun ini sering dilihat sebagai 'menguntungkan' pengguna atas perbelanjaan pengilang yang telah menanggung kos tambahan seperti perolehan tempatan, kos pemasangan, penjenamaan dan promosi, jualan dan perkhidmatan selepas jualan.


Pemansuhan AP terbuka juga akan menghapuskan Malaysia sebagai antara destinasi utama kereta terpakai mewah di dunia, kata penganalisis itu.


Mereka menegaskan supaya kerajaan perlu mengkaji semula keseluruhan struktur industri automotif, termasuk segmen rejim cukai dan tempoh akhir hayat kereta, bagi memastikan ia boleh bergerak ke depan memandangkan pembuat kereta nasional sudah wujud hampir 20 hingga 30 tahun dengan Proton Saga pertama dilancarkan pada Julai 1985 dan Perodua Kancil muncul pada Ogos 1994.


NAP diperkenal pada 22 Mac, 2006 dan disemak semula pada 2009 dan 2012 bertujuan menggalakkan daya saing dan berdaya maju dalam sektor automotif tempatan, khususnya pengeluar kereta nasional.


Ia juga bertujuan mempromosi Malaysia sebagai hab automotif serantau, dengan mengintegrasikan industri automotif tempatan ke dalam industri serantau dan rangkaian global dalam persekitaran yang semakin liberal dan berdaya saing.


Penganalisis juga menyatakan bahawa menyediakan persaingan yang lebih tinggi akan menghapuskan rasa puas hati dalam kalangan pengeluar kereta dan pembekal.


Mereka juga berharap NAP yang akan dikaji semula itu dapat melihat gambaran yang lebih luas dan membantu memulihkan industri automotif tempatan supaya menjadi sumber pendapatan negara menerusi pertukaran mata wang asing. - Bernama






02 October 2013

Projek kabel jalur lebar RM1.9 bilion siap Jun 2014 !



http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131002/dn_42/Projek-kabel-jalur-lebar-RM19-bilion-siap-Jun-2014

Projek kabel jalur lebar RM1.9 bilion siap Jun 2014


KUANTAN 2 Okt. - Projek pemasangan sistem kabel dasar laut gentian optik jalur lebar termoden Asia Pasifik di Cherating di sini sepanjang 10,000 kilometer yang akan menghubungkan Malaysia dan Jepun dijangka siap sepenuhnya menjelang Jun tahun depan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pembinaan sistem kabel bernilai kira-kira RM1.9 bilion (AS$600 juta) itu akan memberi manfaat kepada seluruh pengguna internet di negara ini.

Katanya projek itu apabila siap nanti akan turut menarik pelabur asing ke negara ini sekali gus menjadikan negara lebih maju dan mampu berdaya saing dari segi kepantasan capaian internet.

"Sistem kabel tersebut akan menyediakan kepantasan data sehingga 3.4 tbps menggunakan teknologi Dense Wavelength Division Multiplexing (DWDM) bagi menawarkan kemudahan-kemudahan penaiktarafan transmisi yang fleksibel dan tanpa sempadan.

"Dalam sistem rangkaian komunikasi, saya melihat ini adalah suatu kejayaan dan usaha yang dibuat oleh syarikat tempatan dan berharap apabila selesai pemasangannya sejauh 10,000 kilometer akan mengurangkan kebergantungan kita kepada rangkaian negara lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat projek Pemasangan Kabel Optik Asia Pasifik di Pelabuhan Kuantan di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Multimedia dan Komunikasi Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin; dan Ketua Pegawai Eksekutif Time dotCom Bhd., Afzal Abdul Rahim.
Menurut Ahmad Shabery, usaha penyambungan kabel optik itu turut membabitkan 14 buah syarikat lain dan juga akan bekerjasama menghubungkan Semenanjung, Sabah, Sarawak dan kemudian terus ke Amerika Syarikat.

"Usaha pemasangan kabel di dasar laut ini melibatkan syarikat Time dotcom bukan yang pertama tetapi keempat dan ini merupakan yang termoden sekali," katanya. - BERNAMA


 



Wedding Reception of the Century!


Comment: This must be the wedding ceremony of the century, with 4 deaths, what a way to celebrate your son and daughter wedding. With friends and relatives cursing you for life! It was reported that the House Owner was told that the chickens were not fresh, yet he insisted that the meat be cooked anyway. That lead to massive food poisoning. The question is, why are the chickens NOT kept in a more hygiene method?  Does the Owner not concern of his guests, relatives and friends, who may eat the unhygienic food?

Keyword: IF you want to do it, do it properly, IF not, do not do it at all !! Do not do it half-heart.

------------------------------------------------------------------------------------

Mangsa keempat meninggal dunia


















Tajul Urus Md. Zain mewakili Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir menyampaikan sumbangan daripada kerajaan negeri kepada mangsa yang mengalami keracunan makanan yang masih dirawat di wad Hospital Yan semalam. - UTUSAN/Kamal Basir

SUNGAI PETANI 1 Okt. - Seorang lagi mangsa keracunan makanan rumah kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini, Sabtu lalu, meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), malam ini.
Mangsa, Wan Razali Yaakob, 56, disahkan meninggal dunia pukul 7.15 malam selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak pagi semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Dr. Ismail Abu Taat berkata, warga emas yang berasal dari Kampung Banggol Belau, Merbok itu berada dalam keadaan kritikal sejak dimasukkan di HSAH semalam.

"Dengan kes terbaharu ini, ia menjadikan jumlah mangsa yang meninggal dunia akibat keracunan makanan dalam majlis kenduri berkenaan meningkat kepada empat orang," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menemani Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Md. Zain melawat mangsa-mangsa keracunan makanan di HSAH di sini malam ini.

Semalam, tiga dilaporkan maut ekoran keracunan makanan selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai pada Sabtu lalu.

Nurshazana Mohd. Rashid, 24, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Tempoyak, Bedong pada pukul 1 petang, manakala Mohd. Nor Rahmat Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut maut ketika mendapat rawatan di Hospital Yan.

Mangsa ketiga, Ibrahim Mohammad, 62, dari Kampung Huma meninggal dunia pada pukul 6.30 petang di HSAH.

Sementara itu, Tajul Urus yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya negeri berkata, pihaknya mengucapkan takziah terhadap keluarga mangsa terlibat.

Beliau berkata, pihaknya akan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga yang kematian mangsa sebanyak RM1,000 seorang dan RM200 seorang bagi mangsa yang dimasukkan ke wad.

Tambahnya, beliau juga merupakan antara tetamu dalam majlis kenduri tersebut pada pagi Sabtu lalu.
"Selepas makan kenduri, saya terus beredar ke Kuala Lumpur untuk urusan rasmi. Namun, saya bersyukur kerana tidak menghadapi keracunan makanan kerana difahamkan hanya tetamu yang makan kenduri sebelah petang menjadi mangsa," katanya.



Ayam dicemari bakteria Salmonella punca keracunan makanan !



Ayam dicemari bakteria Salmonella punca keracunan makanan




SUNGAI PETANI, 1 Okt (Bernama) -- Hidangan ayam masak merah yang dihidangkan dalam kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini Sabtu lepas dicemari bakteria Salmonella, menyebabkan empat kematian dan ratusan lagi keracunan makanan setakat ini.
Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah Dr Ismail Abu Taat berkata bakteria itu ditemui di dalam spesimen hasil bedah siasat ke atas mangsa dan sampel yang diperoleh dari tempat kejadian.
Siasatan awal mendapati ayam yang diguna untuk majlis perkahwinan itu tidak disimpan dengan baik dan dibiar pada suhu bilik selama semalaman, sebelum dimasak pada hari kenduri, katanya dalam sidang media di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini petang tadi.
Katanya berdasarkan keterangan tuan rumah, kira-kira 130 ekor ayam dibeli pada Jumaat dan digoreng sebelum disimpan di dalam sebuah bilik pada suhu biasa.
"Ini menyebabkan ayam tersebut dicemari dan dijangkiti bakteria Salmonella. Ayam itu berbau bila hendak dimasak keesokan harinya, tetapi tuan rumah mahu memasak kerana bimbang makanan untuk tetamu tidak mencukupi," katanya.
Beliau berkata mangsa yang makan makanan tercemar itu tidak mengalami simptom keracunan pada kadar segera sebaliknya bakteria Salmonella hanya meragam selepas lebih 12 jam sebelum menjadi keracunan, menyebabkan mangsa mengalami cirit-birit, loya, muntah, perut memulas dan kehilangan air dalam badan secara teruk.
Katanya setakat ini 200 mangsa telah mendapatkan rawatan di hospital berdekatan sekitar daerah ini dan daripada jumlah itu 127 pesakit mendapatkan rawatan di HSAH dengan 38 dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.
Beliau berkata 127 lagi pesakit mendapatkan rawatan di Hospital Yan dengan 62 orang ditahan untuk rawatan lanjut dan selebihnya dibenar pulang selepas mendapat rawatan.
Dr Ismail berkata seorang pesakit lelaki berusia 58 tahun kini berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSAH.
"18 kes pesakit dirujuk ke Hospital Sik dan Baling ekoran keadaan Hospital Yan tidak mampu menampung jumlah pesakit yang ramai. Saya nasihatkan mangsa yang mempunyai simptom keracunan makanan selepas makan kenduri di rumah tersebut agar tampil mendapatkan rawatan segera.
"Saya berharap pengendali makanan untuk kenduri menyimpan makanan atau bahan mentah secara betul dan menitik berat aspek keselamatan makanan agar perkara sama tidak berulang," katanya.
Semalam, tiga mangsa keracunan makanan meninggal dunia selepas menghadiri satu majlis kenduri kahwin itu manakala hari ini seorang lagi meninggal dunia.
Mereka ialah pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak, Nurshazana Mohd Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak, Bedong, yang meninggal dunia kira-kira pukul 12.45 tengah hari semalam dan Mohammad Nor Rahmad Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut, Yan meninggal dunia kira-kira 1 petang.
Seorang lagi mangsa Ibrahim Mohamad, 62, berasal dari Alor Jejawi, Kuala Besut, Terengganu, meninggal dunia di HSAH kira-kira pukul 6.30 petang semalam.
Hari ini, Wan Razali Yaakob, 56, dari Kampung Banggol Belau, Merbok disahkan meninggal dunia pukul 7.15 malam selepas dimasukkan ke ICU HSAH pagi semalam.
-- BERNAMA


18 September 2013

10 Pelakon lelaki Bollywood Terkaya !





http://my.entertainment.yahoo.com/news/10-pelakon-lelaki-bollywood-terkaya-162700351.html
(18 Sept 2013)

10 pelakon lelaki Bollywood terkaya


Aamir Khan
Dia terkenal dengan sifat cerewetnya dalam memastikan filem-filem lakonannya merupakan filem bermutu. Tak mengapa kalau sedikit, yang penting berkualiti. Kerana itu hampir semua filem lakonan Aamir berhasil menjadi filem pecah panggung.
Namun, pelakon "3 Idiots" ini lebih veteran berbanding yang lain, kerana dia telah muncul di skrin seawal tahun 1973 dalam filem "Yaadon Ki Baaraat". Malah, selain filem, Aamir juga mempunyai syarikat produksinya sendiri, Aamir Khan Productions, menjadi duta jenama menentang malnutrisi di bawah UNICEF, malah mengacarakan siri televisyen sendiri, "Satyamev Jayte", yang lebih tertumpu kepada isu sosial dan politik.
Semua ini dijumlahkan dan menjadikan nilai aset bersih Aamir sebanyak AS$180 juta (RM590 juta).
Salman Khan
Dia lebih terkenal kerana badan berbanding bakatnya, tetapi dalam masa yang sama Salman merupakan antara pelakon yang paling banyak menerima tawaran filem. Selama 25 tahun pembabitannya dalam dunia lakonan, dia telah berlakon dalam lebih 80 buah filem termasuk filem-filem hitnya, "Dabangg" (2008), "Hum Dil De Chuke Sanam" (1999) dan "Har Dil Jo Pyar Karega" (2000).
Abang kepada Arbaaz dan Sohail Khan ini juga merupakan pemilik syarikat produksi SKBH Productions (Salman Khan Being Human Productions) yang berkolaborasi dengan tabung dana rasminya, Being Human. Dan tidak kisahlah kalau pun dia bakal dibicarakan semula untuk kes langgar lari suatu masa dahulu, Salman mempunyai AS$200 juta (RM656 juta) dalam nilai asetnya!
Amitabh Bachchan
Antara pelakon veteran yang masih relevan sehingga kini, bekas hero Bollywood paling popular lewat 70-an ini sudah melakonkan ratusan buah filem, sama ada berjaya atau tidak. Malah Amitabh boleh berbangga kerana selain filem, dia juga menjadi pilihan utama untuk mengacarakan rancangan televisyen seperti "Kaun Banega Crorepati?" dan "Bigg Boss".
Nilai bersih harta kekayaan Big B ini adalah sebanyak AS$400 juta (RM1,312 juta) dan jika anda kumpulkan sekali dengan pendapatan ahli keluarganya yang lain termasuk isterinya Jaya Bachchan, anaknya Abhishek dan menantunya Aishwarya Rai, keluarga Bachchan merupakan keluarga terkaya di Bollywood.
Shahrukh Khan
Raja filem Bollywood ini tentu sekali berada di tangga teratas dengan jumlah nilai aset bersih sebanyak AS$600 juta (RM1,968 juta). Filem-filem Khan sentiasa mengutip kutipan pecah panggung sama ada menarik atau tidak, dan peminatnya pula berbilion ramainya, menyebabkan hampir semua syarikat mahukan dia sebagai duta produk mereka.
Sementara pelakon lain membuka satu produksi, SRK mempunyai dua produksi, Red Chillies Entertainment, dan juga Dreamz Unlimited yang dikongsi bersama rakan karibnya, Juhi Chawla. Antara filem yang diterbitkannya termasuk "Phir Bhi Dil Hai Hindustani", "Asoka", dan "Chalte Chalte".
Selain itu, SRK juga terlibat dalam beberapa projek televisyen, termasuk drama bersiri "Fauji" di mana dia berlakon sebagai Komandi Abhimanyu Rai. Dia juga pernah menjadi hos "Kaun Banega Crorepati?", "Kya Aap Paanchvi Pass Se Tez Hain" ("Are You Smarter than a Fifth Grader" versi India), dan "Zor Ka Jhatka" ("Wipeout" versi India).





22 August 2013

Wanita arah anak dibunuh !


http://www.hmetro.com.my/articles/Atuk_nenekbrutal//Article
(22 Aug 2013)

Atuk, nenek brutal

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
Sungai Siput: Hanya kerana wang RM36 yang hilang, satu pasangan suami isteri warga emas bergaduh hingga menyebabkan kedua-duanya cedera parah dalam kejadian di kampung baru, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari kelmarin, pasangan terbabit ‘berperang’ apabila si isteri berusia 66 tahun menuduh suaminya yang berusia 73 tahun mencuri wang. 
Sumber polis berkata, tuduhan isterinya menyebabkan si suami menetak kepala isterinya dengan parang, manakala si isteri mempertahankan dirinya dengan tukul besi.

Berdasarkan siasatan awal, si isteri berjaya merampas parang yang digunakan suaminya itu sebelum membalas serangan dengan menetak suaminya pula.
Foto
PETUGAS ambulans memeriksa kecederaan lelaki terbabit.

“Tidak cukup dengan itu, si isteri turut menyimbah minyak panas ke atas suaminya menyebabkan mangsa menjerit kesakitan yang didengari jiran mereka.

Foto
WANITA terbabit memeriksa kecederaan dialami.

PROS:
1- The couple are blessed to have lived such a long life.
2- The couple has been together for 50 years or more!

CONS:
1- The couple are living a life of suspicion and paranoia, and distrust of each other, on a daily basis!
2- Why then did the couple not moved out and stay separate? Yes, but where, who will pay the house rent?
3- Day in and day out, eating to stay alive, but for what purpose? (To maintain the body, that's all, eat and shit that's all, no benefits to society or to self, or to religion).
4- Both have a high level of distrust towards each other, and both are BAD tempers!
5- Bad temper is one issue, but to CHOP each other up, is another major CRIME.
6- I wonder where their kids gone to? (Do their children still care for them? Why not?).
7- This does not seem to be a GOOD life, or a meaningful life ?!


----------------------------------------------------------------------------------------------


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Wanitaarahanakdibunuhditahan/Article
(22 Aug 2013)

Wanita arah anak dibunuh

Johannesburg: Polis Afrika Selatan semalam menahan seorang wanita berusia 50 tahun kerana mengarahkan dua anak lelakinya dibunuh dalam usahanya untuk untuk menuntut bayaran insurans.
Polis berkata, wanita dari selatan Durban itu mengupah seorang saudaranya untuk melakukan pembunuhan terbabit, tetapi lelaki berkenaan melaporkan perkara itu kepada polis. 
Lelaki berkenaan meminta bayaran sebanyak AS$2,400 (RM7,895) untuk melakukan tugas itu, tetapi suspek meminta jumlah itu dikurangkan atas alasan keluarga.

“Motif utama pembunuhan ialah suspek ingin menuntut bayaran insurans yang dibeli untuk dua anak lelakinya,” kata polis. - AFP


12 August 2013

Kaji semula kursus kahwin elak pasangan mudah bercerai !


http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130811/dn_03/Kaji-semula-kursus-kahwin-elak-pasangan-mudah-bercerai  (11 Aug 2013)

Kaji semula kursus kahwin elak pasangan mudah bercerai




KUALA LUMPUR 10 Ogos - Pelaksanaan kursus perkahwinan perlu dikaji semula bagi memastikan pasangan yang bakal berkahwin lebih bersedia dan tabah mengharungi konflik rumahtangga.

Perunding Syariah dan Undang-Undang Keluarga Islam, Zainal Abidin Yahaya berkata, ini berikutan kursus disediakan kini kurang menepati keperluan serta ilmu pengetahuan tentang perkahwinan yang menyebabkan kes penceraian berleluasa.

Paling ketara katanya, pasangan Muslim gagal memahami erti serta tujuan perkahwinan yang merupakan fitrah dalam konteks agama Islam. ''Mereka tidak mempunyai daya ketahanan yang tinggi dalam menghadapi masalah rumahtangga selain didikan agama yang kurang menjadikan semangat mereka lemah.

''Sepatutnya, kursus perkahwinan membantu mereka mempersiapkan minda serta emosi dalam mengharungi alam rumahtangga untuk mengelakkan berlakunya penceraian,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam Bernama melaporkan terdapat purata tiga kes penceraian bagi setiap jam dalam kalangan pasangan Muslim di negara ini.

Menurut Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM), Prof. Madya Datin Noor Aziah Mohd. Awal, maklumat itu diperolehi daripada kajiannya terhadap statistik penceraian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) 2011. Katanya, secara purata, terdapat 70 kes penceraian dilaporkan sehari, 2,000 kes sebulan dan 25,000 kes setahun di seluruh negara.

Sementara itu, Pakar Perunding Keluarga, Wan Akashah Wan Abd. Hamid berpendapat, kajian tentang punca masalah pasangan Muslim negara ini perlu dilaksanakan segera bagi menangani kes penceraian yang semakin meningkat.

"Langkah ini penting memandangkan tekanan ekonomi serta sosial yang terpaksa dihadapi menyebabkan golongan tersebut melihat penceraian sebagai langkah mudah untuk menyelesaikan masalah mereka.
"Selain itu, penghayatan tentang keperluan perkahwinan serta tanggungjawab suami isteri perlu ditekankan dalam setiap individu yang berhasrat mendirikan rumahtangga,'' katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130811/dn_03/Kaji-semula-kursus-kahwin-elak-pasangan-mudah-bercerai#ixzz2bfocyoQN
 



Komen:

Selain tekanan ekonomi, masalah kekurangan didikan agama, pasangan muda ini juga terdedah kpd fenomena kebebesan sosial, seperti, free-thinking, sekuralisme, materialisme iaitu fahaman yang mementingkan kebendaan/kemewahan semata-mata, dan hedonisme iaitu fahaman yang mementingkan keseronokan, kecantikan, semata-mata - dan pendedahan kpd media/filem Barat serta drama Melayu (yg dipengaruhi oleh idea Barat, yang mementingkan materialisme dan hedonisme).

Patutlah pening-lalat kementerian tertentu di dlm mengatasi masalah perceraian di kalangan umat Islam masa kini. Polisi mana lagi yg tak betul-cukup, program apa lagi yang tak betul-cukup ?! Pun begitu, sesuatu PERLU dilakukan dgn kadar segera utk mengatasi masalah tersebut !

 


4,000 kanak-kanak didera tahun lepas !


Comment: 

The 4000 cases below are those that are being reported to the authorities, it should be estimated that another 4000 to 8000 more cases are NOT reported to the authorities. Henceforth, making the TOTAL number standing at around 8000-12,000 cases per YEAR.... That is a worrying number ?!

The ministry concerned SHOULD take the matter of child abuse cases more seriously, by convicting the abusers in the court of laws, and come out with prudent policies/laws to help reduced the number of child abuse cases, and setup MORE protection centers for the children concerned.

----------------------------------------------------------------------------------------

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130811/dn_21/4000-kanak-kanak-didera-tahun-lepas---Menteri  (11 Aug 2013)

4,000 kanak-kanak didera tahun lepas - Menteri




KUALA LUMPUR 11 Ogos - Kes penderaan kanak-kanak di negara ini menunjukkan peningkatan dengan 3,831 dilapor menjadi mangsa tahun lepas, bertambah 403 orang berbanding tahun sebelumnya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, statistik itu adalah berdasarkan laporan yang diterima oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini pula, sebanyak 1,023 orang mangsa dilaporkan dan 669 daripada mereka adalah perempuan," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Menurut Rohani, antara kes yang sering diterima pihaknya membabitkan penderaan fizikal, emosi, seksual termasuk kes kanak-kanak dibuang. Bagi menangani masalah ini, kementerian melaksanakan pelbagai langkah jangka pendek dan panjang, katanya.

"Antara langkah jangka pendek ialah menempatkan kanak-kanak yang didera di rumah perlindungan kanak-kanak atau di bawah jagaan seseorang yang layak dan sesuai selama tempoh dinyatakan oleh mahkamah dengan pengawasan seorang pelindung, iaitu pegawai kebajikan masyarakat," katanya.

Untuk langkah jangka panjang pula, JKM menjalinkan kerjasama dengan pelbagai agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran selain menggalakkan penyertaan komuniti dalam usaha menangani dan mencegah masalah ini.

Mengenai faktor penderaan kanak-kanak, beliau berkata, terdapat banyak faktor namun semuanya bermula daripada ibu bapa sendiri yang antaranya mungkin mengalami tekanan seperti tekanan di tempat kerja, masalah kewangan serta sebagainya dan mereka melepaskan tekanan kepada anak-anak.

Justeru, ibu bapa yang mempunyai masalah disaran berjumpa dengan pakar motivasi atau JKM sendiri untuk diberi bimbingan dan kaunseling, katanya. Individu yang didapati melakukan penderaan boleh didakwa mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak (AKK) iaitu kesalahan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak yang membawa hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya, kata beliau. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130811/dn_21/4000-kanak-kanak-didera-tahun-lepas---Menteri#ixzz2bfkLGENB




05 August 2013

Anggota tentera maut motosikal berlanggar kereta peronda polis !



Komen:

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, kerana memandu secara melulu, atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian.

Kalau polis memandu secara merbahaya dan/atau melulu, sehingga menyebabkan kematian orang awam, macam mana? Boleh dimaafkan? 

Atau mereka berada diatas undang-undang, dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang negara?!

* Nota: Hari tu rakan saya ada memohon masuk polis, pakai SPM & Diploma, bila sudah dapat jawatan tersebut, dia semacam kebal sekarang. Tidak boleh ditegur dan dgn senang dapat elak dikenakan tindakan undang-undang. Jangan sampai macam tu ?! 

---------------------------------------------------------------------------------------------


http://my.news.yahoo.com/anggota-tentera-maut-motosikal-berlanggar-kereta-peronda-polis-080410259.html  (5 August 2013)

Anggota tentera maut motosikal berlanggar kereta peronda polis



SANDAKAN, 4 Ogos (Bernama) -- Seorang anggota tentera maut apabila motosikalnya berlanggar dengan kereta peronda polis di Batu 7, Jalan Kem Tentera dekat sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Rowell Marong berkata mangsa dikenali sebagai Muhammad Fahruruzi Sidin, 25, dari Batalion Ke-22 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Sri Kinabatangan di sini.
"Siasatan awal mendapati nahas itu berlaku kira-kira pukul 9.10 malam ketika kereta peronda berkenaan dalam perjalanan dari Kampung Sungai Kayu ke Taman Airport untuk membuat rondaan cegah jenayah.
"Apabila tiba di tempat kejadian, kereta peronda itu telah masuk ke simpang sebelah kanan lalu berlanggar dengan motosikal mangsa yang datang dari arah Taman Fajar.
"Akibat kejadian itu, mangsa yang mengalami cedera parah dihantar ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan meninggal dunia ketika menjalani rawatan pada pukul 10 malam," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian.
Rowell berkata saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp Wan Hazizie ditalian 089-242222 sambungan 254.
-- BERNAMA
PPAG HG HM