FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION


FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION

Freedom of speech is the freedom to speak without censorship and/or limitation. The synonymous term freedom of expression is sometimes used to indicate not only freedom of verbal speech but any act of seeking, receiving and imparting information or ideas, regardless of the medium used [United Nations, 1966, 1976]. The right to freedom of speech is recognized as a human right under Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights and recognized in international human rights law in the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR). The ICCPR recognizes the right to freedom of speech as "the right to hold opinions without interference. Everyone shall have the right to freedom of expression". Furthermore freedom of speech is recognized in European, inter-American and African regional human rights law [United Nations, 1966, 1967]. Freedom of speech, or the freedom of expression, is recognized in international and regional human rights law. The right is enshrined in Article 19 of the International Covenant on Civil and Political Rights, Article 10 of the European Convention on Human Rights, Article 13 of the American Convention on Human Rights and Article 9 of the African Charter on Human and Peoples' Rights [Andrew Puddephatt & Hodder Arnold, 2005; Kumar, Ambika, 2006].

In Islamic ethics freedom of speech was first declared in the Rashidun period by the caliph Umar in the 7th century. In the Abbasid Caliphate period, freedom of speech was also declared by al-Hashimi (a cousin of Caliph al-Ma'mun) in a letter to one of the religious opponents he was attempting to convert through reason.

According to George Makdisi and Hugh Goddard, "the idea of academic freedom" in universities was "modelled on Islamic custom" as practiced in the medieval Madrasah system from the 9th century. Islamic influence was "certainly discernible in the foundation of the first deliberately-planned university" in Europe [Boisard, Marcel A., 1980].

* Selected REFERENCES / Sources:


Amnesty International: Annual Reports: URLhttp://www.amnesty.org/ailib/aireport/index.html Andrew Puddephatt & Hodder Arnold. (2005). Freedom of Expression: The Essentials of Human Rights. United Publishers. Boisard, Marcel A. (July 1980), "On the Probable Influence of Islam on Western Public and International Law", International Journal of Middle East Studies 11 (4): 429–50. Goddard, Hugh. (2000). A History of Christian-Muslim Relations. Edinburgh: Edinburgh University Press. Kumar, Ambika. (2006). ‘Using Courts to Enforce the Free Speech Provisions of the International Covenant on Civil and Political Rights.’ Published by Chicago Journal of International Law. Summer 2006. URLhttp://www.allbusiness.com/corporate-governance/4082846-1.html United Nations: ‘International Covenant on Civil and Political Rights.’ Adopted and opened for signature, ratification and accession by General Assembly resolution 2200A (XXI) of 16th December 1966: Entry into force 23 March 1976, in accordance with Article 49. URLhttp://www2.ohchr.org/english/law/ccpr.htm (United Nations) Wikipedia. (2010). ‘Freedom of Speech.’ Wikimedia Foundation, Inc. URLhttp://en.wikipedia.org/wiki/Freedom_of_expression

.

19 July 2013

Alvin and Vivian landed in Court !


http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130719/ma_01/Alvin-Vivian-didakwa-tiga-tuduhan
(19 July 2013)

Alvin, Vivian didakwa tiga tuduhan


Alvin Tan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur, semalam berhubung kes mempersendakan Ramadan dan mempamerkan gambar lucah di sebuah laman web yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia.


KUALA LUMPUR 18 Julai - Pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menerbitkan gambar menghasut umat Islam di bulan Ramadan dan mempamerkan gambar-gambar lucah di sebuah laman web, dua minggu lalu.

Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee atau Lee May Ling, 24, masing-masing mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan kepada mereka di hadapan Hakim Murtazadi Amran.
Mahkamah turut membenarkan permohonan pihak pendakwaan agar pasangan itu tidak dibebaskan dengan jaminan sehingga selesai perbicaraan atas alasan kedua-dua tertuduh cenderung memuat naik kandungan yang boleh menyinggung perasaan dan membangkitkan kemarahan orang ramai.

Dengan keputusan itu, Alvin yang berkemeja T warna merah dan seluar jean ditahan di Penjara Sungai Buloh manakala Vivian yang memakai kemeja T warna merah jambu dihantar ke Penjara Kajang sehingga tarikh sebutan semula kes itu pada 23 Ogos ini.

Pendakwaan terhadap pasangan itu dibuat setelah mereka berdua ditahan pihak polis ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini kira-kira pukul 1 petang. Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman sosial facebook "Alvin dan Vivian-Alvivi" di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu gambar dan komen bertajuk Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh...wangi, enak, menyelerakan!) mengandungi logo halal dan ayat-ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di 568-14-18, Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh, Batu 3 1/2 di sini antara pukul 9 malam, 6 Julai dan 2 pagi, 7 Julai lalu.

Mereka didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Pada pukul 10.48 malam, tarikh dan tempat yang sama, pasangan penulis blog itu turut didakwa memuat naik penerbitan yang sama di Syed Restoran, Jalan Dang Wangi di sini yang mana perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama dalam kalangan penganut agama berlainan.
Bagi pertuduhan itu, pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun.

Selain itu, mereka didakwa mempamerkan gambar-gambar yang didapati lucah di laman web www.alviviswingers.tumblr.com antara pukul 9 malam, 6 Julai dan 2 pagi, 7 Julai lalu.
Pendakwaan dibuat mengikut Subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 5(2) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin memohon ketiga-tiga kes dibicarakan bersama-sama namun tidak mencadangkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh memandangkan kesemua pertuduhan itu adalah kesalahan yang tidak boleh dijamin. Menurut beliau, kedua-dua tertuduh turut mempunyai kecenderungan untuk memuat naik kandungan yang menimbulkan kemarahan orang ramai.

''Pihak pendakwaan memohon mereka tidak dilepaskan dengan sebarang jaminan sehingga selesai perbicaraan kes itu,'' katanya. Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff yang turut mewakili pihak pendakwaan pula menyatakan, perbuatan Alvin dan Vivian bukan sahaja membangkitkan kemarahan masyarakat malah jika tidak dikawal boleh memusnahkan keharmonian antara masyarakat berlainan bangsa dan agama di negara ini.

''Kedua-dua tertuduh berkemungkinan memuat naik lagi artikel atau gambar yang menyinggung perasaan masyarakat dan ini merupakan perbuatan yang serius dan membimbangkan.

''Nama Alvin Tan sangat dikenali dan bila kita Google sahaja nama Alvin, akan timbul gambar dan artikel mengenainya yang mana jika tidak dikawal boleh memusnahkan masyarakat dan agama. Tidak dinafikan kesalahan itu tidak melibatkan keganasan tetapi ia kesalahan serius,'' katanya.

Peguam bela Chong Joo Tian yang mewakili Alvin dan Vivian bagaimanapun memohon jaminan ditawarkan kepada anak-anak guamnya memandangkan mereka tidak sepatutnya dihukum sebelum disabitkan bersalah atas ketiga-tiga tuduhan berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130719/ma_01/Alvin-Vivian-didakwa-tiga-tuduhan#ixzz2ZS6JLPhZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 


COMMENT: Life has been a bit boring for the couple, as they just finished their studies, no job, no hope, so they decided to get famous 'the cheap way.' CONGRATULATION for landing a job in JAIL !


-------------------------------------------------------------

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130716/dn_01/Sudah-terlalu-melampau
(16 July 2013)

Sudah terlalu melampau

KUALA LUMPUR 15 Julai - Isu penghinaan terhadap kesucian agama Islam yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini akan dibawa ke Kabinet kerana perbuatan tersebut sudah terlalu melampau.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan pihak terbabit dihadapkan ke mahkamah.

“Saya bimbang penyalahgunaan ke atas media sosial kerana sudah ke tahap terlalu melampau dan jika berterusan boleh menjejaskan keharmonian antara kaum. Kes sebegini bukan hanya melibatkan Alvin Tan Jye Yee,25 dan Vivian Lee 24, tetapi beratus lagi laman web.

“Dalam kes Alvin dan Vivian, SKMM sudah mengambil keterangan tetapi saya fikir kes ini harus ditangani mengikut Akta Hasutan atau di bawah Kanun Keseksaan bukan setakat Akta Komunikasi dan Multimedia," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan orang ramai agar pihak berkuasa dan kerajaan mengambil tindakan lebih tegas ke atas Alvin dan Vivian selepas pasangan tersebut memuat naik gambar yang mempersenda kesucian bulan Ramadan dan umat Islam.

Pasangan itu yang sebelum ini telah beberapa kali memuat naik aksi seks mereka di laman sosial bertindak memaparkan gambar di Facebook sedang menikmati hidangan babi dengan kapsyen Selamat berbuka puasa dengan Bak Kut Teh (sup tulang babi)... Wangi, enak dan menyelerakan lengkap dengan logo halal.
Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata, walaupun semakin ramai pihak tidak bertanggungjawab bertindak menyalahgunakan laman sosial termasuk melibatkan isu-isu sensitif seperti agama, kerajaan tidak berhasrat untuk menyekat laman berkenaan.

Jelasnya, langkah itu sejajar dengan janji kerajaan untuk tidak mengenakan sekatan kerana terlalu banyak kebaikan yang mampu diperoleh melalui laman sosial, sama ada kepada agensi kerajaan, peniaga mahupun rakyat tetapi perlu diiringi dengan kesedaran kendiri.

“Sebab itu kritikan dan kutukan masyarakat tanpa mengira ideologi terhadap mana-mana pihak yang dengan sengaja menghina kesucian agama seperti dilakukan pasangan Alvin dan Vivian ini penting untuk menyedarkan masyarakat bahawa gejala seperti itu ditolak rakyat Malaysia.

“Namun saya juga pelik kerana sehingga kini tiada sebarang kritikan daripada pemimpin pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP walaupun jelas perbuatan biadab itu boleh mengundang kepada insiden pergaduhan kaum," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130716/dn_01/Sudah-terlalu-melampau#ixzz2ZSD3ZI9E
© Utusan Melayu (M) Bhd