FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION


FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION

Freedom of speech is the freedom to speak without censorship and/or limitation. The synonymous term freedom of expression is sometimes used to indicate not only freedom of verbal speech but any act of seeking, receiving and imparting information or ideas, regardless of the medium used [United Nations, 1966, 1976]. The right to freedom of speech is recognized as a human right under Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights and recognized in international human rights law in the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR). The ICCPR recognizes the right to freedom of speech as "the right to hold opinions without interference. Everyone shall have the right to freedom of expression". Furthermore freedom of speech is recognized in European, inter-American and African regional human rights law [United Nations, 1966, 1967]. Freedom of speech, or the freedom of expression, is recognized in international and regional human rights law. The right is enshrined in Article 19 of the International Covenant on Civil and Political Rights, Article 10 of the European Convention on Human Rights, Article 13 of the American Convention on Human Rights and Article 9 of the African Charter on Human and Peoples' Rights [Andrew Puddephatt & Hodder Arnold, 2005; Kumar, Ambika, 2006].

In Islamic ethics freedom of speech was first declared in the Rashidun period by the caliph Umar in the 7th century. In the Abbasid Caliphate period, freedom of speech was also declared by al-Hashimi (a cousin of Caliph al-Ma'mun) in a letter to one of the religious opponents he was attempting to convert through reason.

According to George Makdisi and Hugh Goddard, "the idea of academic freedom" in universities was "modelled on Islamic custom" as practiced in the medieval Madrasah system from the 9th century. Islamic influence was "certainly discernible in the foundation of the first deliberately-planned university" in Europe [Boisard, Marcel A., 1980].

* Selected REFERENCES / Sources:


Amnesty International: Annual Reports: URLhttp://www.amnesty.org/ailib/aireport/index.html Andrew Puddephatt & Hodder Arnold. (2005). Freedom of Expression: The Essentials of Human Rights. United Publishers. Boisard, Marcel A. (July 1980), "On the Probable Influence of Islam on Western Public and International Law", International Journal of Middle East Studies 11 (4): 429–50. Goddard, Hugh. (2000). A History of Christian-Muslim Relations. Edinburgh: Edinburgh University Press. Kumar, Ambika. (2006). ‘Using Courts to Enforce the Free Speech Provisions of the International Covenant on Civil and Political Rights.’ Published by Chicago Journal of International Law. Summer 2006. URLhttp://www.allbusiness.com/corporate-governance/4082846-1.html United Nations: ‘International Covenant on Civil and Political Rights.’ Adopted and opened for signature, ratification and accession by General Assembly resolution 2200A (XXI) of 16th December 1966: Entry into force 23 March 1976, in accordance with Article 49. URLhttp://www2.ohchr.org/english/law/ccpr.htm (United Nations) Wikipedia. (2010). ‘Freedom of Speech.’ Wikimedia Foundation, Inc. URLhttp://en.wikipedia.org/wiki/Freedom_of_expression

.

30 July 2013

Cubaan Membunuh R Sri Sanjeevan !


http://my.news.yahoo.com/cubaan-bunuh-untuk-halang-dedah-jenayah-polis--kata-musa-062403868.html
(28 July 2013)

Cubaan bunuh untuk halang dedah jenayah polis, kata Musa





Tan Sri Musa Hassan mengesyaki cubaan membunuh R Sri Sanjeevan semalam, ada kaitan dengan rancangan Pengerusi Pasukan Khas Cegah Jenayah Malaysia (MyWatch) itu untuk mendedahkan sindiket jenayah melibatkan pegawai polis.
Bekas Ketua Polis Negara (KPN) itu membuat jangkaan demikian melalui akaun twitternya malam tadi, beberapa jam selepas Sanjeevan parah ditembak di Bahau, Negeri Sembilan.
"Saya harap polis membuat siasatan untuk mengesan suspek kerana dia (Sanjeevan) ada menerima ugutan bunuh berikutan hasratnya untuk mendedahkan pembabitkan polis dalam sindiket jenayah," katanya melalui akaun beliau, @TSMusaHassan.
Mengikut kenyataan polis semalam, mangsa berada dalam kereta BMW sebelum dihampiri dua lelaki bermotosikal di satu persimpangan di Taman Awana Indah, Bahau.
Pembonceng motosikal itu kemudian dikatakan mengeluarkan senjata api sebelum menembak Sanjeevan yang mengenai rusuk kanan mangsa.
Individu itu juga dikatakan kemudian turun dari motosikal tetapi mangsa memecut kenderaannya.
Sanjeevan dilapor stabil tetapi keadaannya kritikal selepas menjalani pembedahan di Hospital Kuala Pilah.
Sebelum kejadian itu, Sanjeevan ada menerima ancaman bunuh berikutan tweet beliau terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun @KBAB51.
Turut mengetag Khalid dan Polis DiRaja Malaysia, Sanjeevan mengepos tweet yang menyatakan ada sindiket akan menembak beliau dan menyerang rumahnya untuk menakut-nakutkan keluarganya.
Sanjeevan berada di barisan depan dalam usaha mencegah jenayah dan sebelum ini mendakwa statistik polis tidak tepat.
Musa kemudian menjadi Penasihat kepada badan bukan kerajaan (NGO) itu, menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

------------------------------------------------------------------------------

http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130803/je_01/Ditembak-ketika-memandu
(03 August 2013)

Ditembak ketika memandu






PASUKAN Polis Forensik memeriksa sebuah kenderaan mangsa tembak di Pandan Indah, semalam.
KUALA LUMPUR 2 Ogos - Dalam tempoh tidak sampai 10 hari selepas dua kejadian tembak yang menarik perhatian rakyat negara ini, satu lagi kes sama berlaku, kali ini melibatkan seorang pekerja kedai emas.

Dalam kejadian pukul 8.45 pagi, mangsa cedera parah selepas ditembak dua individu menaiki motosikal di Pandan Indah dekat sini.

Mangsa, Wong Foo Yui, 34, sebelum itu memperlahankan kereta jenis Toyota Camry dipandunya ketika menghampiri petak kuning di persimpangan berhampiran sebuah bank.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, tiba-tiba dua lelaki berjaket hitam menaiki motosikal jenis Yamaha menghampiri kenderaan mangsa lalu melepaskan tiga das tembakan.

Menurut beliau, salah satu tembakan itu mengenai bahu kanan mangsa. "Mangsa yang tergamam dan dalam kesakitan memecut kenderaannya ke Balai Polis Pandan Indah. Kedua-dua suspek yang berusia antara 20 dan 30 tahun melarikan diri," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Isnin lalu, pengasas Bank Arab-Malaysia, Hussain Ahmad Najadi, 75, maut ditembak di ibu negara dipercayai oleh pembunuh upahan. Pembunuhnya melarikan diri dengan teksi.
Dua hari sebelum itu, pengerusi badan pemantau jenayah, MyWatch, R. Sri Sanjeevan juga parah ditembak dua lelaki ketika berhenti di lampu isyarat di Taman Cempaka, Bahau, Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, menurut Amiruddin, sebaik sahaja tiba di balai polis, mangsa yang berasal dari Cheras diberi rawatan segera dan dikejarkan ke Hospital Ampang, keadaannya kini dilaporkan stabil.

Beliau meminta orang ramai yang berada di sekitar lokasi semasa kejadian, khususnya pemandu-pemandu di belakang kereta mangsa tampil memberi maklumat. "Siasatan menyeluruh dijalankan untuk mengesan kedua-dua suspek dan anggota Unit Forensik sedang melakukan siasatan bagi mengesan kelongsong peluru di tempat kejadian," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130803/je_01/Ditembak-ketika-memandu#ixzz2asiFRCvV   [ Utusan Melayu (M) Bhd ].