Source:
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/mewah-hasil-seleweng-dana-1.202505
PUTRAJAYA 19 Mac - Kemewahan melampau. Mempunyai kereta mewah, dua buah rumah, 40 beg tangan berjenama, barangan kemas, insurans, unit amanah bernilai jutaan ringgit dan kerap berkunjung ke luar negara bersama isteri serta dua anaknya dengan penerbangan kelas pertama yang kosnya kira-kira RM80,000 seorang.
Antara barangan paling mahal dimiliki ialah kereta jenama Lexus yang dianggarkan berharga RM468,000, cincin mutiara (RM600,000), beg tangan Hermes (RM400,000) dan set alas tidur (RM300,000).
Itu hidup mewah yang dikecapi seorang setiausaha bahagian yang menduduki senarai kelapan terpenting dalam sebuah kementerian hasil `imbuhan’ disyaki diterimanya selepas mendalangi sindiket penyelewengan dana kerajaan bernilai lebih RM100 juta.
Kelicikan lelaki berusia 56 tahun yang mula memegang jawatan itu sejak 2008 bagaimanapun terbongkar apabila diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam Op Tiris di sekitar Lembah Klang sejak Khamis lalu.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, turut diberkas ialah lapan kontraktor syarikat berkaitan penganjuran acara termasuk seorang wanita yang bersekongkol dengannya yang menjalankan penipuan tersebut.
Beliau berkata, modus operandi sindiket yang dipercayai bergiat aktif sejak 2010 itu ialah menggunakan suspek untuk mengarahkan bahagian kewangan agensi di kementerian membuat bayaran kepada 14 syarikat yang 'dikendalikan' kontraktor terlibat bagi menjayakan program berkaitan acara sukan.
“Sebenarnya tiada tuntutan dikemukakan oleh syarikat kepada agensi berkenaan tetapi pegawai kanan tersebut memainkan peranan memastikan bayaran dibuat kepada syarikat terbabit.
“Hasil `pakatan’ yang dibuat, pegawai kanan berkenaan menerima pelbagai imbuhan antaranya berbentuk insurans dan unit amanah bernilai jutaan ringgit serta pemberian kad kredit bagi membolehkannya hidup mewah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Susulan penahanan yang dibuat ujar Azam, SPRM telah menyita dua buah rumah yang didakwa milik pegawai kanan kerajaan itu iaitu sebuah banglo dan rumah teres selain merampas 12 buah kenderaan mewah.
“Kita juga merampas barang kemas yang ada di antaranya bernilai RM600,000, jam tangan mewah sehingga mencecah RM400,000, berpuluh beg tangan berjenama yang salah satunya bernilai RM400,000. Selain itu, set alas tidur bernilai lebih RM300,000 dan lukisan berjenama bernilai lebih RM60,000 serta pakaian berjenama.
“Jumlah keseluruhan habuan yang diterima suspek ialah RM20 juta termasuk RM8.33 juta baki wang di dalam akaun miliknya yang kini dibekukan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Azam memberitahu, buat masa ini siasatan menunjukkan pegawai kanan tersebut merupakan dalang utama sindiket berkenaan.
Tambahnya, kesemua suspek berusia 28 hingga 56 tahun itu direman selama tujuh hari bermula semalam.
----------------------------------------------------------------------------------------
Govt servants in 'sensitive' positions given only five years in their posts
BY HASHINI KAVISHTRI KANNAN AND FAZLEENA AZIZ - 21 MARCH 2016 @ 7:50 PM PUTRAJAYA:
Civil servants holding sensitive positions are only allowed to serve between three to five years in their positions, said Chief Secretary to the Government Tan Sri Ali Hamsa. Ali said the transfer of government officers was clearly stated in the Public Service Circular No 3, which was introduced in 2004 but did not see full implementation due to appeals by heads of department for officers to continue serving. He said sensitive positions defined in the circular were positions with direct involvement with customers when enforcing law, and with direct involvement with customers when processing an application with monetary returns or rewards.
“Officers who are required to make payments or collects payments from customers and make decisions whether or not someone qualifies or otherwise are considered holding sensitive position," he said, adding that the circular will be fully implemented from now on.
Ali said that officers holding not sensitive positions will be allowed to work between three to eight years before their next transfer. His comments came in the light of the arrest of a 56-year-old official with the Youth and Sports Ministry last Friday.
The official was suspected of embezzling RM100 million over the past six years. On the case, Ali said the official held by the Malaysian Anti-Corruption Commission is suspended pending an investigation. The anti-graft authorities seized assets from the suspect worth about RM20 million, including 12 vehicles, designer handbags and fine jewellery, besides freezing 69 bank accounts containing RM8.3 million.
----------------------------------------------------------------------------------------
KOMEN:
"Kemungkinan" yang akan berlaku/terjadi:
1- Kesemua duit jutaan Ringgit suspek akan dibekukan, dan akan disalurkan kpd pemilik asalnya. Sebahagian wang suspek pula akan digunakan utk membayar hutang tertunggak.
2- Kesemua rumah dan kereta mewah suspek akan dijual dan duit akan digunakan utk membayar kpd bank/pemilik asal/kerajaan
3- Suspek akan di isytihar muflis, dan sebarang harta yg dihasilkan selepas ini, akan dirampas utk dibayar hutang tertunggak.
4- Suspek akan ketiadaan rumah, kereta, dan duit simpanan.
5- Keluarga terdekat suspek juga akan dipantau dari semasa ke semasa.
6- Suspek akan diadili di mahkamah, dan akan dijatuhkan hukuman setimpal/berat.
7- Suspek juga kemungkinan tidak akan dibenarkan utk meninggalkan Msia, utk suatu tempoh tertentu.
.